POTRET

Lukisan Potret ditempah dan setelah siap maka ia pun di gantung mengikut kehendak tuan nya. Kat mana dia suka – dia gantung. Gantung kat dapur, bilik tidur, ruang tamu, dewan mesyuarat, bilik tido, tandas, ruang tamu, foyer atau dimana2 sahaja. Temapahan yang mahal sudah tentu dari pelukis yang unggul dan profesional. Satu genre dalam seni tampak, di mana tujuannya adalah untuk menggambarkan paparan visual subjek berupa manusia atau haiwan kesayangan. Selain lukisan potret, potret juga boleh dibuat dalam media lain seperti marmar, gangsa, gading, kayu, ceramik, litografi, fotografi, bahkan media video dan digital. Paling terkini ialah sejenis papan lukis digital yang dipanggil wacom. Wacom ini belum ramai yang menggunakan disini.

Portraitists atau pelukis potret mencipta bekerja (melukis) setelah mendapat tempahan  dari orang awam kerana mereka mampu membayar komisen kepada pelukis. Ada juga yang melukis dengan ikhlas setelah kagum, minat atau kasih sayang kepada sesutu subjek. Potret juga adalah  nota keluarga, serta kenangan. Jika seorang seniman menggambarkan dirinya sendiri, hasilnya disebut potret diri.

Dilihat dalam sudut sejarah, lukisan potret selalunya didominasi oleh orang kaya dan berkuasa kerana mereka berupaya membayar harga yang tinggi keapda pelukis yang mahir. Sebelum era renaissance dan selepasnya, pelukis yang mahir begitu dihormati kerana berupaya melukis potret/wajah dengan baik dan cantik. Seiring waktu, selepas terciptanya kamera yang boleh merakam imej wajah pada awal abad ke 19 – lukisan potret sedikit tercabar tetapi selepas itu masih lagi menerima sambutan dari orang ramai.

Biasanya  sebuah potret baik ialah ia dapat menunjukkan makna dalaman yang tersurat didalam wajah potret itu. Maknanya ianya bukan sekadar penyamaan di wajah sahaja. Penyamaan di wajah hanya dilihat sebagai aspek penguasaan teknikal sahaja tetapi makna yang tersirat adalah amat penting kerana ianya boleh memberi impak atau aura kepada pemerhati. Sebagaimana Aristotle menyatakan, “Tujuan Seni adalah bukan sekadar penampilan luar sahaja, tetapi yang penting ialah batin mereka”. Sesungguhnya seniman/pelukis bukan hanya sebagai pembuat gambar tetapi hendaklah berusaha kearah itu seperti kata Edward Burne-Jones “ekspresi hendaklah dalam karakter jujur dan kualiti moral, juga tidak boleh dipaksa dan biarkan bersahaja.

Pada pendapat Charles Dickens pula mengatakan – “hanya ada dua gaya lukisan potret iaitu yang serius dan tak serius (emosi kontra kepada gembira) atau ketenangan berlawanan dengan kedukaan. Sebagai penulis dan pelukis, C. Gordon pula menyatakan “mata adalah satu tempat mencari maklumat paling lengkap, handal, dan relevan” tentang subjek. Alis mata boleh ditafsirkan sebagai, “hampir seorang diri, bertanya-tanya, kasihan, ketakutan, sakit, sinisme, konsentrasi, wistfulness, ketidaksenangan, dan harapan, dalam variasi yang tak terbatas dan penyatuan dalam elemen wajah.”

Model lukisan potret selalunya dari individu, pasangan, orang tua, anak-anak, keluarga, atau kelompok kolegial. Media atau peralatan yang diguna selalunya dari bahantara cat minyak, cat air, pena, tinta, pensil, arang, pastel dan media campuran.

Bermacam karenah untuk menghasilkan lukisan potret contohnya Cézanne yang ekstrim, mengubah alih kedudukan melukis  lebih dari 100 komposisi dari subjek. Goya pula hanya satu kedudukan. Purata kedudukan hanya sekitar 4 kali perubahan. Ada juga pelukis yang menggunakan pembantu untuk menyiapakan kerjanya. Pembantu menyudahkan kerja2 rumit seperti kedutan dibaju dll. Biasanya pengilabatan pembantu dalam menyudahkan sesebuah potret tidak memberi kesan impak/aura pada hasil karya.

Wa tulis fakta dgn rujuk kpd wekpedia, sure ramai yang boring baca. Semalam kelas lukisan, aku ngajo pasal benda ini lah, tu pasal wa tulis pasal potret – mepotret ni. Sangat panjang kisah pasal benda ini, wa kasi ringkas2 je. Kalau nak meyelongkar lebih jauh – kita patut ulas juga pasal Mona Lisa oleh Leornado, Rembrant, Hussein Anas, Mazli Mat Som, Samjis Jan, Amron Omar dan ramai lagi beribu2 dlm senarai. Gambar oang tua atas telah ku lukis pada tahun 1990 menggunakan media water colour & gouche. Selamat lagi wa gantung kat umah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: