KENYA

Bentuk muka bumi nya yang bergunung-ganang menjadikan rakyat nya kuat belari terutama dalam jarak sederhana  dan jauh. Kanak2 sejak berumur 4 tahun lagi sudah berlari dari satu tempat ke satu tempat dengan jarak yang jauh. Mahu gi sekolah berlari 10 batu dan pulang semula lagi 10 batu. Naik beskal tak sesuai – lagi susah nak panjat bukit. Lelama, larian menjadi satu budaya hidup dan mereka begitu taksub dengannya. Sehinggakan ada yang mengangap running adalah tuhan mereka. Ada juga yang merantau hingga ke sini untuk join acara larian dengan menjanjikan pulangan wang tunai. Bila aku berjumpa dengan pelari Kenya ni – seolah dia oang ni macam mental…dalm kapla ingat treneng…treneng sahaja. Acap kali juga mereka menang sehinggakan menimbulkan kemarahan pula kepada pelari tempatan. Tetapi yang pelik, runners disini tidak pula mahu belajar dari si Kenyan nih – mereka jual mahal pulak yang mana akhirnya mereka jadi jaguh kampung sahaja.

Edisi Sukan komenwel di NEW DELHI tahun ini melihatkan pasukan Kenya mendominasi 11 emas
dalam acara olahraga sahaja. Bahkan tanpa beberapa atlet top mereka, mereka masih mampu memenangi setiap event kecuali jarak 5.000 – dan 10.000 meter lelaki.

Dalam empat acara, dua  lelaki dan dua perempuan, Kenya menyapu bersih utk pentas podium di Jawaharlal Nehru Stadium. Ndiema Kipsiro dari Uganda sahaja yang menyekat penguasaan pelari Kenya dengan memenangi acara 5,000 dan 10,000 lelaki. Dalam acara maraton yang berakhir sebentar tadi, Kenya memenangi pingat emas kedua-dua kategori lelaki dan wanita. Begitu lah kehebatan pasukan olahraga Kenya. Ketiadaan pasukan Habsyah (Ethiphio) telah memungkinkan mereka untuk memenangi banyak acara. Pelik juga runners2 dari England dan Australia yang rakyat nya begitu menyukai larian maraton juga kalah pada mereka.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: