MIZUNO OREN

Larian Mizuno pagi tadi aku gelar larian oren kerana vest oren mengamit mata memandang – sayup jauh mata memandang jelas jalanraya/route laluan disi dengan warna oren. Warna ni seperti ku rasa terus menghinggap atau terbias ke kaki langit. Sungguh cantik warna pasukan Belanda ini. Difinasi warna oren ialah warna yang dikaitkan dengan akiviti, kecergasan, keriangan, kejayaan, keceriaan, kreativiti dan ada juga berpendapat warna ini seolah aliran oksigen ke otak berjalan dengan lancar. Jadinya warna oren amat sesuai bagi larian hari ini. Oren oo oren tapi sayang aku tak dapat medal hari ini kerana medal hanya diberi kepada 30% dari jumlah setiap  peyertaan. Timing yg ku buat ialah 68minit. Tahun lepas wa join dapat medal, tahun ini tiada rezeki. Aku malas menyeksa diri hanya memburu sekeping besi…..ciss alasan lagi. Tapi yang aku pelik apa pasal runners kategori men open dapat medal sedangkan masa lebih parah dari aku?…apa kes beb 70 minit masih dapat medal. Korang penganjur biokrasi ke sama junior veteran grup.

Larian pagi tadi ini juga mencipta satu rekod, kerana aku telah sampai ke tempat event pada pukul 4.55 pagi. Hehe flag off kul 7.30 pagi aku sampai tersangat awal. Sebabnya saja suka2 nak nengok persiapan penganjur Rustam & the gang. Malam tadi wa gi sama Rustam attend KL Master annual dinner – terjanji pulak dgn dia mahu sampai awal.

Dalam perjalanan ke tempat race di UPM, semasa melalui Federal Higway berhampiran Mid Valley terlihat pula satu kemalangan maut. Di tengah keheningan suboh ramai oang berkumpul dengan mayat terbujur kaku berhampiaran kereta yang remuk. Perkara ini menyedihkan aku.

Sampai di Stadium UPM, tersangat lah easy menncari parking. Banyak kotak parking lagi…he he ye lah suboh sfei aku sampai – mestilah banyak parking. Kengakawan lain masih mendengkur lagi kat umah. Sebelum waktu suboh tiba aku mundar mandir kat situ dan sempat lah borak2 dgn gang exco pacesetter spt Suhaimi, Ida & beberapa oang yg nama nya wa x kenal. Selepas tu terus aku ke surau kerana jam sudah pukul 5.30 pagi – dalam surau kelihatan Lan dari Kuantan yang baru tiba dari Kuantan. 4 jam memandu dari sana untuk join race ini. Sangat bagus…wa suka lu oang cenggini. Dekat cermin belakang cermin ketenya tertera kuantanrunners.blogspot.com. Ini tanda Lan adalah runner sejati. Thumbs up.

Perjalanan race seperti biasa, macam race2 yang lain cuma laluan agak traffic jam kerana ribuan runners melalui lalauan sempit. Kita tak boleh memotong takut accident hatta kaki terbelit kat runners lain – kes tersembam ni dah banyak jadi. Kengkawan dari CAR banyak lepas ke depan jadi aku tak nampak lah mukanya. Cuma wa sempat menyapa cuma dua oang sahaja iaitu Dr. Rafidah dgn Nik Raiha saje semasa laluan berbaki 2/3 k. Yang lain2 mana gi…berdesup2 dia oang. Mungkin jugak tak perasan kelibat korang dicelah ribuan runners kat situ. Kalau pandang dari atas mesti cun berderet je kaler oren memenuhi jalan2 sekitar kampus UPM. Kategori wanita dilepaskan awal 15 minit dari kami.

Gambo atas Mohd Azman meraikan majlis pekahwinan dan hari jadinya semasa Mizuno run. Dia berlari bersama kengkawan yang lain dgn memakai pakaian pengantin. Peristiwa ini diabadikan untuk tatapan anak cucu nya untuk generasi akan datang. Selamat pengantin baru Man. Lu memang best, wa dulu pun tak buat serupa “lu macam”.

Bayau 30 hinggit berbaloi baloi, sape lepas pandang atau buat tak tau harus conggak balik. Timing chip = 10 hinggit, vest: 20 hinggit, goodie: 20 hinggit, bib nomber: 10 hinggit, besi: 13 hinggit, sijil (akan post) = 5 hinggit, bekfes = 5 hinggit. Jumlah semua 75 hinggit. Jangan ingat menganjur larian ni macam makan kacang putih, susah beb.

Seorang runner telah meninggal dunia semasa larian tadi. Arwah En. Adnan dalam kategori junior veteran rebah semasa di KM ke 3 – sudah takdir. Al fatihah kepada nya dan ucapan takziah kepada keluarganya. Mizuno dalam kenangan, tahun lepas wa bawak rambutan dari kampung dan mkn bersama2 dgn kengkawan semasa race habis. Tahun ini tiada musim, kulit rambutan yang dimakan pada tahun lepas – dalam parit sebelah hutan stadium mungkin masih ada lagi – kalau dicari. Happening hari ini hanya kepada pengantin baru dan minum bekfes bersama Zas dan Joa di Maulana restoran. Gang2 CAR pun dah balik awal, tiada pulak sesi bergambo seperti dedulu. Gambo bawah nostalgia mizuno tahun lepas, dok tengah santai selepas race sambil mkn ambutan. Sayoonara.

 

9 Responses to “MIZUNO OREN”

  1. Deo Says:

    Tak nampak pulak KR kali ni. Tapi sayang lah 67 minit pun tak dapat medal, laju jugak time macam tu. Mungkin ada allocation untuk setiap kategori kot? Anyway, agree dgn KR yang organization bagus, macam-macam dapat lepas lari, medal pun cantik dan berbaloi dari patung plastik🙂

  2. rlans Says:

    tak leh pulun kau kau lat lah deo takut tertelan lalat…hu hu hu

  3. RaYzeef Says:

    salam KR,

    mula lari sama-sama, lepas tu semua hilang kemana-mana..he he

    aik tak patut betul KR x dapat medal, patut siapa habis awal dapat medal, mungkin allocation men open lebih byk dr veteran?…kena reportin terus pada bapak rustam ni..he he

    jumpa lagi di race akan datang.

    p.s. lupa ambik gambar dgn KR pulak tadi….

  4. Imam Says:

    Ayoyo beb… itu gambor kenangan lalu mengusik jiwa…. lu tk g tinjau2 ke beb… mana laa tau anak pokok rambutan dah besor agaknya…. huhuuu..

  5. Yim Says:

    Tu lah, tak nampaf bang KR kat sana walaupun saya dah ada kat sana dr kul 6 lagu. Saya rasa allocation medal lebih kepada open. Yg jr veteran dan veterang kureng skit. Time sy 67 minit masih dpt medal lg.

    Bang KR, jom kayuh lg nanti. Kenangan kayuhan di UPM yg payah di lupakan😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: