OH STADIUM

Stadium Merdeka di gelar kerana disitulah peristiwa bersejarah Malaysia menyambut hari kemerdekaannya yang pertama pada tahun 1957. Sangat banyak event2 sukan yang hebat diadakan kat Merdeka Stadium ni contohnya pada tahun 1977 SEA games. Pada SEA games tahun 1989 wa dtg nengok acara track & field kat situ.  Juga terkenal dengan Pestabola Merdeka yang amat sinonim dgn kita era 60an – 80an. Banyak juga konsert muzik antarabangsa diadakan contohnya Celine Dion, Mariah Care, Michael Jackson, Kool & The Gang, Scorpions, Linkin Park, My Chemical Romance & Avril Lavigne dan ramai lagi. Juga paling best bila pertarungan tinju antara Muhammad Ali dan Joe Bugner pada 1 July, 1975 juga dibuat kat situ. Semua perkara diatas ada yang aku nengok dan tak nengok cos tiket mahal giler tapi yang x dapat ku lupa ialah makan nasi kepala ikan kat situ…peh terangkat sama papedom, nengok acara Track & Field (inter bank dulu glamer) dan Piala Malaysia (Selangor lawan Singapore paling mavelos) sekitar tahun 1980 an.

Pada tahun 2007 sambutan kemerdekaan negara yang ke 50 diadakan disitu dengan pengubahsuaian – iaitu kapasiti tempat duduk 45 000 dikurangkan kpd 25 000 orang. Temapt duduk berteres sebelah atas di tiadakan. Disebelah Stadium Merdeka dulu ada sebuah taman yang kini akan dibangunkan sebuah projek mega yang dipanggil Menara Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat. Dulu taman tu tempat lepak2 or cintan mencintan…kakak2 abang2, pakcik mkcik semenjak tahun 60an lagi. Ada kerusi, kok bunga dan landskap yang cantik ler kat atas bukit lagi. Malam minggu ramai la yang hinggap kat situ. Stadium Negara & Stadium Merdeka siap dibina maka bertambah popular la taman tu. Wa banyak ingat le tu taman sebab laluan mahu gi Stadium Negara. Pendek kata nostalgia mengamit memori le cenggitu. Ha ha macam radio klasik pulak. Menara yg bakal dibina tu nanti cun dan tinggi melangit cos buat kat atas bukit. 2015 baru siap. Kos pembinaan sebanyak 5 billion…akan dibangunkan oleh PNB. Kondominium juga ada dalam projek mega ni, maknanya penghuni kondo ni boleh lah beriadah berjogging kat dalam Stadium ni nanti. Kira ok la, tak yah gi jauh2…turun lift jumpa stadium. Pokok2 juga akan ditanam disekitarnya supaya pengisian seluruh kawasan itu menambah oksigen dan lebih green lagi. Bape hinggit dia oang jual satu unit kondo..tu wa tak tau. Wa agak mesti 500 ribu ke atas.

Oo Stadium teringat aku meloncat2 gembira bila arwah Mokhtar Dahari score goal…teringat jugak aku membeli cincin aked dari pak guard kat situ pada 3 tahun lepas. Cuma cincin tulah sahaja sebagai kenangan bila mengingatkan kau wahai stadium. Semoga kau terpelihara sebagai tapak warisan Merdeka…nanti semua siap leh oang ramai run atau men bola dan buat konsert balik kat dlm mu. Sebelah hadapanmu ada pula Chin Woo indoor stadium dengan sebuah swimming pool saiz olimpik, last year wa layan biathlon kat situ, tahun ni kahabarnya buat lagi pada 12/12/2010. Wa pasti layan.

2 Responses to “OH STADIUM”

  1. Imam Says:

    wow…. kari kepala ikan kat stadium tuuu memng terangkat beb!… wa masih ingat dan segar dalam ingatan…. masa wa baru jer lepas kawen, kawan2 sepejabat belanja wa ngan isteri makan tengahari kari kepala ikan kat situ…. huaaaa…. mabeles beb!…. kenangan manis mengukur track n lompat jauh kat dalam stadium masa wa muda2 dulu…. masa tuu Inter-Merchant Bank dan Inter-Bank punya kejohanan olahraga… memng menggamit jiwa….. kenangan abadi……..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: