MAIN CADENCE

Pagi tadi kayuh jom kayuh…beskal bersama (CAR gang) diketuai oleh CAR 50, gg. Tempat kayuh di Shah Alam. Saja nak glamer kita oang panggil SA criterium. Kayuhan 2.2 pusingan sebanyak mana boleh balon…balon lah. Tapi kita balon 12 laps saja dan lepas tu aku pulak gatal kaki gi ran pusing tasek Sh Alam sejauh 3/5 k.

Semasa pusingan santai kayuh gg advise supaya gunakan teknik cadence. Apa benda cadence ni wa pun tak tau sebelum ini. Sebelum ni wa belasah je kayuh pakai gear ikut suka hati. Wa rujuk menatang cadence dalam wekpedia membawa makna setting kpd irama muzik berhubung dgn kod dan alat muzik (macam kata P.Ramlee – irama dan lagu tak dapat dipisahkan). Issh beskal pun ada link ngan muzik, best jugak cenggitu.

Dalam kes beskal pulak, bermakna kayuhan menggunakan gear yang rendah pada tahap paling selesa oleh para pengayuh semasa mengayuh. Keselesaan diutamakan tetapi kelajuan putaran kaki mengayuh dimaksimunkan. Pendek kata macam gear semasa panjat bukut ler. Faham tak, kalau tak faham baik2 cepat tanya pada GG.

Kayuhan cadence biasanya dalam linkungan 60-80 rpm iaitu dalam masa seminit, roda berpusing sebanyak 60-80 kali . Mereka yang terlibat dalam race, pusingan sekitar 80-120 rpm dan manakala pada yang melaju seperti sprinter di track pula ada yang sampai 170 rpm. Lance Amstrong maintain 120rpm cadence selama berjam2 untuk latihan demi mengekalkan kelajuan.

Aku tadi berkaden – kaden  ada kut 60-70, tu pun tak sampai 15 minit pastu lepas kaki dan sambung balik. Cadence dapt melatih sistem kaki (dari pinggul, lutut dan akle) kita berpusing lebih pantas dan lelama jadi terrer lah. Musle, otot dan urat sudah matching (latihan cadence udah sempurna) – makanya dapat lah meningkatkan kadar kelajuan dan ketahanan.

Apa pun semua penggunaan gear dalam cadence adalah mengikut keselesaan memasing. Kalau nak check jumlah rpm cadence ni beli aje alat yg dipanggil cyclocomputers dan pasang je kat handle bars. Aku punya menatang ni, pagi tadi tak berfungsi  pulak, puas aku ngan gg dok mengadjust2 – tapi tak leh jugak (tak caya nengok gambo atas). Macam2 la, kisah beskal ni. Apa jenis sukan pun mesti ada teknik2nya – kepada mereka yang tak tau kenalah belajau kpd meke yg mahir. Malu bertanya sesat jalan….hehe kalu malu dan sombong poyo makanya bila berlari kena sayur, beskal pun sama selalu kena tinggal jauh bertiang2 ngan kengkawan. Gambo atas oleh Nukilan Ida.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: