LAGI 21 HARI

Lagi 21 hari aku akan berlari di Jambatan ini. Dahulu pada tahun 1987 aku cuba hendak menyeberang jambatan ini dengan berjalan kaki bersama2 kengkawan tetapi telah dihalang oleh penguatkuasa ketika perjalanan masuk km ke 2. Perjalanan dari arah Butterworth. Tujuan menyeberang hanya untuk suka2 dan ambik2 gambau. Adoii aku hanya mahu ke seberang nape la korang halang. Terpaksalah kita oang patah balik dan gi ke pengkalan Raja Tun Uda semula dan naik la ferry. Masa dalam ferry hatiku kuciwa kerana tak dapat lalu titi yang paling panjang di Asia ketika masa itu.

Ketika itu umur aku 22 tahun….waduh sangat muda nyot nyet masa itu. Sudah 23 tahun peristiwa itu – sangat lama. Kenangan itu akan menjelma balik pada 21 November ini bila mana aku akan join larian PBIM (Penang Bridge International Marathon) dalam kategori separa marathon iaitu 21km. Dahulu aku cuba menceroboh hendak lalu titi itu tetapi kini official punyer. Bayaq yuran lagi. Larian ini diadakan pada tiap2 tahun tetapi pada tahun ini sahaja aku berpeluang hendak join. Dulu masa aku ambik kos fine art kat sana aku tangkap pot pulak nak join. Oo agaknya masa tu mungkin aku lebih fokus pada art & design.

Tahun ni aku hanya join suka2, tak ada menaruh harapan untuk personal best ke apa ke…dapat habis dan tak injury – itu pun sudah cukup bagus bagi ku. Kan aku ni ada knee injury mana leh treneng lebih2. Jalan jalan join larian…..tak larat berjalan. Tak larat berjalan – mengundur, tak leh mengundur – lepak lah kat tebing titi tu ye. Masa dedulu, nasi kandar kat Gelugor tu sedap giler, sekarang ada ke lagi? Ntah tak tau la chek.

4 Responses to “LAGI 21 HARI”

  1. Deo Says:

    Gambar KR tengah dating ke tu? hehehehe…
    KR, see you in Penang. Saya lari HM jugak.

  2. zulhassan Says:

    jumpa kat sana tok. Sekarang orang makan nasik Line Clear tok dekat dengan komtar tapi kalau makan sebelum lari memang tak digalakan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: