SEMBANG LSD

Pagi tadi wa join LSD (long slow distance). Kalau di bahasa melayu kan membawa makna “berlari jarak jauh dengan kadar perlahan”. Perlahan macam siput berangan ke – tak la slow macam gitu. Pace larian tu mungkin 6/7 minit. Tengok kondisi runner tu sendiri. Tapi ada jugak gang buat lsd tapi balon laju semacam. Memang gang “seperempitan” ni ada macam2 spesies. Bagi wa lantak pi la, yang penting berlari pastu selamat sampai – alhamdullilah. Kegembiraan diutamakan, kemencunggapan belakang kira.

Aku terlewat lah hari nih cos petang semalam wa bantai mengayuh  kat Pulau Carey yang menjadikan mata wa tersasul sampai kul 6.45 pagi baru sedar. Alasan lagi. Sampai Bkt. Aman dalam pukul 7.15 am. Mengayuh konun wa pakai otot peha, tadi masa run wa ejas guna bhg betis/calf pulak. Swimming guna upper body….issshh gila triathlon wa ni. ATM tri, nak gi ke tidak – tengok keadaan dulu walaupun mcm jadi je borak dlm FB ngan Mejar Kalam.

Cari parking bukan main susah. Apo kone ko jang – ada concert ke, tapi panggung Universary belum siap lagi. Dulu selalu konsert buat pada sebelah petang. Wa ada juga nengok concert free kat situ anjuran DBKL. Konsert irama 60an paling terbaeek cos ramai oang datang tapi la ni kalau buat sure kosong tempat duduk. Oang dah tak minat lagi. Sekang tak tau cita rasa apa dia oang. Genre muzik apa dia oang minat? Tak tau den menjawabnya.

Pesal tatak parking? Mungkin agak nyer  impact dari  paceseeter bagi air percuma kpd  runners. Runners teruja dengan water station nih cos mende ni mendorong dia oang berlari. Jumlah runners bertambah – bagus gak meriah rasanya bila ramai2 run sesama. Bagus2 inisiatif dari Pacesetter club.

Wa start dalam pukul 7.25 – memang lambat tapi nasib baik cuaca ok tak panas. Semasa mendaki Bkt Tunku, wa bertembung dengan runners yang akan menghabiskan sisa2 km nyer untuk menuju ke garisan penamat. Macam2 stail ada – laju, slow moderate dan berdesup desap. Running gear pada tubuh diaoang pun canggih2 dengan macam2 brand. Mahal2 belaka, yang tak cukup budget untuk banje sara hidup selalu tak join benda2 cenggini. Meke penat mencari rezeki. Wa baru nak masuk gear dia oang dah nak tamat sampai.

Kelihatan wajah2 yang ceria penuh kepuasan serta peluh yang membasahi baju mereka. Tapi aku baru dalam 5km berlari – enjin pun tak panas lagi. Ada kala wa terfikir nak buat double hill je tapi disebabkan kengkawan ramai yang menuju ke hartamas wa gagah kan hati untuk sampai ke sana. Sampai di Petronas Hartamas singgah beli air dan ada baki siling 60 sen. Wa soh budak caiser tu simpan untuk lenkali wa datang cos malas nak bawak siling boh dlm poket suar.

Timing wa hari ni ialah 1ok yang pertama ambik masa 1:05 pastu patah balik dengan masa keseluruhan 2:15.45 saat (20km). Selesai berlari – borak2 sekejab sambil streaching cooling down pastu terus mandi kat toilet Bkt. Aman. Lama dah tak pekena nasi lemak kat Tang Tu, Tang Ling makanya wajar aku kesana bersama gang seperempitan yang lain. Mereka ini tak jemu2 berlari walaupun sebok dan kekadang injured macam aku nih. Haha tumit wa nih la. Wa test tadi ok lak, tak tau la di lenkali merempit.

Semasa km13 wa join peloton Rustam, Az ngan kawan dia dan wa follow sambil borak2 dan tinggalkan mereka bila di km17 untuk sampai 2:15. Dapat sampai masa yang wa target tu.  Kira ok latu. SCKLM itu hari pun wa buat 2:16.00 (21km). Hu hu wa ss nih (syok sendiri). PBIM ada 2 minggu lagi…harap2  jgnlah injured, kalu injured punah lah harapan wa nak buat below 2 jam untuk separa aku yang kali ke 5 nih. Sekian dari blog merapu wa nih, nanti kalu ada race lain sure wa akan merapu lagi. Siapa jemu klik je, tutup – tiada halangan tiada paksaan dan penting wa happy lu pun happy, chewaaah. Keerrrrrrrrr – bagi ayam makan. Video youtube dari godfather6395

4 Responses to “SEMBANG LSD”

  1. Deo Says:

    KR nak buat sub-2 ye PBIM ni? Ok lah, saya cari KR nanti, pasang cangkuk.

  2. fairul Says:

    hehehe.. best laaa baca posting KR ni.. santai jer
    selamat berjaya buat timing sub 2 dlm PBIM nnti.,.. sy tak join PBIM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: