HELI

Semasa dulu kecik2, wa pening nengok benda ni terbang. Cemana benda berat2 cenggini boleh terangkat ke atas. Lama2 wa tangkap pot, gasak ko la dan setelah itu barulah wa tau akhirnya setelah membaca hukum2 fizik dan graviti. Ala kat lebai google pun banyak info ni.

Suka, wa suka pada benda ni iaitu helikopter. Sejak dulu lagi wa suka. Sebab banyak sangat benda yang wa suka, hasrat untuk menyukai benda ini sesangat sampai ektrem terpaksa wa pendamkan sahaja. Dulu ada jugak wa beli yang remote control punyer tapi dan rabai la cos bukan dari jenis heavy duty. Beli yang real kang baru tau huhuhu.

Suka sangat wa nengok benda ni terbang dengan bilah kipas memotong angin. Wa pernah masuk kedalam board heli ni semasa pesta konvo dan helikopter pra sejarah TUDM kat Muzium ATM, PD dulu. Dukacita wa habaq kan, wa tak pernah naik walau sekali pun semasa ianya terbang. Tetiba wa teringat sebuah helikopter yang bernama “Marine One” yang membawa¬†Presiden United States untuk kemana2. Wa pernah menonton rencana tentang menatang ni di national geographic dulu. Wa carik kat you tube, jumpa pulak. Canggih

Selepas Mr. Presiden (US) turun dari Air Force One, Marine One pulak mengambil alih dia, untuk dibawa ke tempat yang jauh ke pendalaman contoh seperti ke Grand Canyon ke Lurah ke Belantara dan lain2 tempat yang pelik2. Kalau perjalanan yang dekat2 diatas jalan – Mr. Presiden akan dibawa dengan kereta sahaja yang digelar “cadillac one”. Kete ni pulak, pehh canggih. Sudah semestinya bullet proof dan tayarnya dipanggil run flat tyre” yang mana kalu pancit masih boleh bergolek sehinga 160 km lagi. Nak beli, tak jual kat Kapar dan tak jual gak di Kepong. Sunway pun tak ade. Kat situ men sport rim boleh.

One one aje kat hujungnyer, sib baik perkataan tak ikut pangkal jadi One Malaysia pulak…kih kih kih. Almaklumlah Presiden US memang la cengitu – tiada tolok dan bandingnya. Jom nengok you kalu tube nih alkisah si Marine One.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: