TANPA TAJUK

Dibelakang kedai, disebuah lorong bertemu aku dengan seorang teman yang kerjanya membuat plate engraving. Tujuan aku datang kesitu kerana hendak menukar master pump break kete tiara aku – kebetulan pulak kedainya bersebelahan dengan tempat bengkel, makanya sambil menunggu kete siap aku pun bersembanglah dengan dia. Namanya aku lupa nak tanya. Mungkin Ah Tat, Ah Fok, Seng, Kam – nanti la lenkali aku tanya. Aku pasti akan kesana jua cos kete aku ni kan klasik/continental car – memang pun akan selalu minta dimanja. Oh Tiara.

Aku suka berbual kisah hidup dengannya berkaitan tentang kerja/perniagaan yang dia buat kat situ. Memang boleh ngam la, antara aku dengan dia boleh masuk angin cos aku pun faham sesangat apa yang profesion yang dia meniagakan di kedainya itu. Satu line la kira camtu.  Sekarang komputer dan digital printing serta yang lebih up to date lagi telah datang begitu pantas membuatkan perniagaan kawan ni menjadi slow. Jikalu dulu 20 tahun yang lalu, kerja2 sebegini memang banyak permintaannya sehinggakan tidak menang tangan dibuatnya. Printing dengan kaedah digital print mengubah segalanya. Kaedah printing cara lama seperti film maker, type setting bromide, paste up artist, off set printing seperti ditelan zaman. Mereka lebih suka kepada yang pantas dan siap cepat. Kerja2 tradisional seperti dahulu sudah tidak praktikal lagi. Begitulah lumrah hidup bagaikan pusingan roda.

Setelah satu jam kete aku pun siap maka aku pun beredar dari situ. Breaking sistem, kete aku pun dah ok dan aku harus menekan dan bermain fatlek dengan pedal break supaya dia berfungsi dengan sempurna. Kalau ada kengkawan yang ada masalah bila menekan pedal break – itu sudah pasti master pump punyer hal. Original punyer RM185.00. Taiwan made pun ada dengan harga RM130.00 tapi tak ada stock pulak kat kedai spare part tu. Upah pasang RM30.00. Huhu ok latu, ya tak. nak murah macam mana lagi. Semua benda dah naik harga la ni. Beli kasut, running gear tak komplain langsung. Gi jumpa mekanik kete takkan nak banyak bunyi pulak. Roger…roger…merz, bmw & yg sekufu dengannya wa tak tau reganya…betul cakap.

2 Responses to “TANPA TAJUK”

  1. yimster Says:

    Pasal brake tu jgn lak memain, bahaya no. Safety first dalam berlari, begitu juga dlm pemanduan bang🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: