SEMALAM

Umat Islam di Malaysia mempunyai dua hari raya iaitu Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji. Kita ini beraya 2 kali dalam setahun….patut ke, memang patut kerana itu nama menikmati hidup – kalau boleh hari2 kita patut bergembira bukan setakat hari raya sahaja. Dimana2 kita harus berlapang dada dan bersyukur dgn apa yang ada….bergembiralah di mana anda berada. Hidup ini ada duka dan ada gembira. Hari yang mendatang pun kita tak tau apa nasib yang menimpa kepada kita. Jadi kalau ada hari2 seperti ini, kita harus meraikannya.

Semlam pula ialah Hari Raya Aidil Adha (versi arab ialah Eid Ul-Adha) bermakna Raya Haji kerana disambut ketika musim Haji. Raya ini juga  adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t. Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban.

Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Aku pulang ke kampung menziarahi kuburan ayah dan ibu serta keluarga yang telah meninggalkan kita. Ibu meninggal dunia pada 27 Ramadan 1408h (23 tahun yang lalu) manakala ayah pula meninggal pada 16 Zulkaedah 1428 (hari Isnin 3 tahun yang lalu). Pengorbanan ibu dan bapa memang tidak boleh dibayar dengan emas dan ringgit. Sangat tinggi nilainya. Telah ku tempoh kehidupan bersama insan tercinta ini sehinggalah kedua2nya disemadikan di liang lahat. Tiada keduanya maka tiadalah aku di dunia ini. Mungkin sangat panjang kalau nak ku huraikan satu persatu. Hanya aku mampu berdoa agar rohnya dirahmati Allah dan ditempatkan dikalangan orang2 beriman…al fatihah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: