JUMPA KAT TITI

Jumpat kat titi, kenapa cakap titi? Sebab orang sebelah utara terutama generasi dedulu akan memanggil jambatan ni dengan nama itu. Tak kisah la, walau apa pun namanya tetapi yang pentingnya ialah aku hanya mahu ke seberang pastu tak memasal patah balik…kih..kih…kih. Walau hujan, salji turun ke, panas ke apa ke – Penang Bridge International Marathon tetap jua akan berlangsung pada hari ahad ini dengan dimulai oleh full marathon pada jam 2.00 pagi. Suka wa ucapkan selamat berlari dan laluilah jambatan ini dengan rasa seronok dan penuh semangat muhibah.

Senyum2lah, tegur2lah, borak2lah, bersembang2lah diantara satu sama lain. Kalau tak larat, sila perlahankan pace anda. Sila mula minum banyak air dari sekarang supaya tidak cramp nanti. Kepada mereka yang aim personal best, rekod dan podium – silalah berdesup macam six million dollar man, utraman atau powerman menuju ke finishing line – all the best. Pada kengkawan yang tak berapa berdesup seperti aku nih, sila beri laluan…beri laluan – jangan menghalang.

Wa akan bergerak ke sana dalam kul 10 pagi nih dengan harapan atau misi membuat sub2 kategori separa marathon. Tiada kesedihan dan tiada pula kekantoian jika misi ini tidak berjaya kerana aku tetap seperti ini – lutut dah operate, tapak kaki pun sakit, pinggang pun sakit jugak, adoiii macam2 sakit dok ada. Tak boleh treneng lebih deman pulak tu…hua hua hua. Jumpa di sana…di sana.

6 Responses to “JUMPA KAT TITI”

  1. RaYzeef Says:

    salam KR, jumpa di garisan permulaan Separa-Marathon. Gudluck untuk sub-2

  2. rlans Says:

    worite zeef, jumpa kat sana gud luck jugak kat hang…he he he, ada chance cangkuk nih

  3. Yim Says:

    Jumpa di sana KR. Gut luck ngan sub 2, saya yakin anda leh wat hehe

  4. ijam Says:

    fuh, nampaknya dua2 power sub 2 ni….tapi …apa barang 21km….
    buat full la…baru boleh demam…

  5. wan won Says:

    insyaAllah..
    ada rezeki.. kita jumpa lagi kat sana..

  6. zulhassan Says:

    jumpa malam ni, Ijam ko masuk berapa? ada bran 100km!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: