INGATAN TITI….

….23 tahun yang lalu aku cuba meyeberang titi ini, tapi dihalang oleh polis trafik tetapi pagi ahad yang lalu – dapat jugak tapak kasut aku meninggalkan bekas di atas mu wahai Titi…Oh Titi, tiga suku bahagianmu termasuk kawasan berhampiranmu telah ku lalui dengan tabah dalam hujan lebat – nasib bak tak ada kilat pada satu jam suku perlumbaan. Jarak 21k dengan masa 2:23.20 saat. Sebelum ini aku terjanji nak buat sub2, wa gempaq (jangan marah dengan janji palsu ku…huhuhu).  Mileage tak cukup“kaki tak upaya”. Kaki ku cramp lagi sepertimana terjadi pada race di Putra Jaya dahulu. Beli plaster ubat sampai 125 hinggit segulung (6 meter) berkongsi ngan zas dan razis – tu pun tak lut jugak….apa kan daya hajat tak sampai. Beria iya si Dai ngan Zaki nak jadi pacer bagi bantuan menuju matlamat dan misi…akhirnye aku mengalah di km 16. Boleh pulak aku stop kat tengah titi nak mengejas urat ngan otot yang terkejut beruk tu.

Itu lah dia marathon dengan bersama puluhan ribu teman seperempitan belari dengan harapan dan cita2 tertanam dihati untuk membuat catatan peribadi terbaik, dendam dengan kengkawan sebab selalu sangat kena cucuk, naik podium mengejar hadiah lumayan dan bermacam2 sebab yang lain.

Semua yang wa jumpa pada waktu pagi sebelum suboh itu memang superb lagi kaw…kaw macam kopi o chap kapal api.  Anda semua telah berlari dengan penuh semangat kesukanan. Penang Bridge International Marathon ialah satu kejohanan marathon paling unggul dan glamer sejak sekian lama. Sesiapa yang bergelar runners – jika tidak pernah menyertai acara ini dianggap belum sempurna statusnya sebagai pelari.

Mekasih kepada kengkawan yang menjadi kawan kepada aku semasa acara ini. Mekasih kepada Zas – tumpang kete dia. Mekasih pada Razis tolong book hostel kat USM. Ada kengkawan yang tak sempat nak jumpa…terkilan tak dapat jumpa. Sememangnya marathon menemukan kita…anda lari full…anda lari half…anda lari quarter….itu tak penting. Paling di sanjung ialah sudi menerima kengkawan yang lain dan berlari bersama…gembira bersama…sihat bersama. Berjumpa lagi pada next marathon yang lain pula. Banyak kenangan di Pulau Pinang. Tanjung memang best.

Gambar atas: tengah dok pakai kasut bersama Keong pada jam 12.45 pagi bersiap hendak ke Queensbay…mana ada tido sebelum race. Nak lelap…hati kat titi….nak lelap….kasut asics aku ni ok ke – cos first time pakai….nak lelap…kaki aku injured kang camne….macm2 pikiaq dok ada. Belon dibawa oleh para pacer. Pasukan Bomba memberi khidmat mandi percuma. Running log oleh En.Chong Hoi Tong berasal dari Alor Star (52 thn), PBIM 2010 (5:03.22). Group photo pada jam 1.15 pagi di Queensbay.

8 Responses to “INGATAN TITI….”

  1. Deo Says:

    Laa KR cramp ke? Tapi boleh tahan juga timing walaupun cramp. Awal-awal nampak KR berdesup, tak tercangkok. Kalau tak cramp, maintain pace awal tu, fuuuhhhh…. berasap jambatan. Takpe, lain kali boleh cuba lagi sub-2. Hajat saya nak sub-2 pun tak kesampaian.

  2. RaYzeef Says:

    KR memang power…habis kami kena sayur, boleh coba lagi dilain waktu KR:)

  3. ryzals Says:

    tahniah tok…takper banyak lagi marathon..leh cuba try test lagi tuh…

  4. ijam Says:

    tahniah berjaya complete half marathon. Janji abis…dan dpt makan2 nasi kandar..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: