SEKILAS FACEBOOK

Aku sudah mulai perlahan2 akan menyisihkan diri dengan perisian rekaan Mark Zuckerberg ini setelah membaca artikel Utusan Malaysia semalam. Tahukah anda Zuckerberg (CEO Facebook) adalah merupakan seorang ahli aktif kepada sebuah pertubuhan persaudaraan Yahudi Amerika Utara, Alpha Epsilon Pi Fraternity (AEPi)

Facebook medan meluahkan perasaan

RUANG dinding laman sosial seperti Facebook menjadi tempat menyuarakan apa saja pendapat dan rasa hati sama ada gembira dan sedih. Malangnya tanpa disedari ia mendedahkan aib sendiri.

Menurut pendakwah bebas, Zaharuddin Abd Rahman, terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik Facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka.

“Kemudian, status tersebut mendapat komentar daripada rakan-rakan. Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebagainya melalui status mereka.

“Sebagaimana yang disebut oleh ramai ‘pakar’ dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai melepaskan tekanan dalam diri,” ujar kenyataannya yang dipetik dari laman web Zaharuddin.net.

Beliau yang juga pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) berkata, perbuatan tersebut tanpa disedari tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam.

“Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumah tangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui Facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya.

Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibu bapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan.

“Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti saudara-mara pihak atau pihak kaunselor rumah tangga.

“Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan runtuhkannya hanya kerana Facebook,” nasihat Zaharuddin.

Utusan Malaysia 23/11/2010

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: