ATM TRI

ATM tri Mersing berlalu sudah….dagang hamba mengkuang layu. Pada jam 10 pagi tadi wa berangkat meninggalkan Mersing dengan ingatan bahawa sa nya – ini adalah kali pertama aku join untuk jarak olimpik (1.5k swim. 40k beskal dan 10.7k run). Kenapa semasa umur nak menjangkau 45 thn baru aku nak join benda2 cengini? Sebelum ini den tangkap pot atau mungkin tak konfiden. Walau apa pun aku berjaya jugak menghabiskan tri kali ini dgn catatan masa 2:51.14s. Alhamdullilah…..memang tak ku sangka – ingatkan 4 jam baru sampai. Juga tak sangka juga boleh dapat no 2 dalam kategori veteran dan tak sangka juga dapat rm200 sebagai hadiah. Ha ha ha hanya 2 oang yang join bagi kategori 40 tahun ke atas. Maka dengan itu aku pun secara automatik podium janji kasi habis.

Tri kali ini, aku sempat berkenalan ngan kengkawan dari gang komando. Korang semua sporting membantu aku tunjuk ajar camne nak guna aero bar, tolong pamkan tayar, penutup tiub beskal aku hilang pun korang cari sampai dapat kat celah2 semak tu. Hasan, Nazri, Nijam, Black Tiger, Sani dan beberapa oang yang lain adalh benteng pertahanan Negara. Latihan komando memang menyiksakan dari segi mental & fizikal. Mereka melihat tri ini hanya mainan saje seolah macm main bola sedangkan aku kekadang nek serisau nak join. Pagi tadi sempat aku minum2 dengan dia oang depan kem Sri Pantai kat situ. Tahun lepas di adakan kat Melaka tapi tahun ini demi sambutan hari gerak khas ke 45 pasukan komando ATM maka ia dibuat kat Mersing. Kem Sri Iskandar adalah host pada sambutan ini.

Pada hari race, hujan sudah mulai turun semenjak kul 2 pagi lagi dan membuatkan laut bergelora. Disiplin pertama iaitu reanngan tetap dijalankan pada pukul 8 pagi. Dengan spentot seksi aku pun terjun lah menerjah ombak bersama2 kengkawan yang lain untuk menamatkan jarak 1.5km. Lebih kurang 70m dari pantai kebanyakan berlari didalam air sambil menyelam melawan ombak. Semasa ikan2 dugong berspentot berlumba2, banyak meyelam di bawah ombak dari membuat kuakan tangan. Banyak juga air laut yang ku telan semasa melawan ombak. 21 minit untuk swim.

Transation area untuk sesi kayuh mengambil masa lebih dari 5 minit cos aku tak pakai tri suit maka ter kucar kacir la aku kat situ. Selesai semua aku pun mengayuh la bagai nak rak. Masuk  dalam km 18, montot pulak dah terasa sakit. Saddle beskal nil ah kut, sepatutnye tukar lain. 1:44 mint untuk beskal. Akhirnya disiplin larian ku tamatkan dengan masa 66 minit. Urusetia di garisan penamat mengalungkan medal dengan semangat juang komando yang tinggi, aku pulak merasa seperti berada di puncak gunung penuh kepuasan. Sarjan Sani nak bagi sampai 6 botol red bull tapi tangan aku cuma dapat pegang 3 botol sahaja. Zulhasan kata tak leh minum banyak2 takut perut berangin maka aku pun gogok sebotol je.

hari hujan membuatkan ombak menjadi besar, ada bran ke? wa redah je, kalau sengsorang sure wa tak layan

Lenkali pakai tri suit lah senang, wa ingat nak jadi tri koboi malas nak beriya2 tapi ni lah jadinye – member lain semua dah lepas ke depan wa masih terkial2 tukar pakaian mcm baru lepas kuar almari…..

Masa ran seronok lalu kat tepi sungai tapi yg tak best jalan dia lurus je menuju ke Kem Iskandar.

Tak di duga dapat nek podium….ialah dah 2 oang yg join, mestilah aku nek, kalu dnf atau buat kat Melaka mungkin keputusan jadi lain.

5 Responses to “ATM TRI”

  1. Deo Says:

    Tahniah KR, marvelous podium finish tu!

  2. ryzals Says:

    perghhh..naik podium tuuu….tahniah tok

  3. Naim Says:

    fuh caya lah abg lan….umur bukan penghalang…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: