SINGGAH

Semasa dalam perjalanan pulang dari Mersing yang lalu aku sekeluarga mencelok pula ke PD untuk menyambung sesi makan2 angin kat sana. Laluan susur kuar mengikut laluan Pedas/Linggi. Setelah mengalami bosan pemanduan dan rasa mengantuk di highway yang lurus dari Ayer Hitam, tetiba mata aku menjadi segar pulak memerhati kawasan kampung2 di sekitar situ.

Ternampak aku secara tak sengaja sebuah komplek sejarah yang bernama Keramat Sungai Udang. Walaupun terlajak, aku buat pusingan seribu kumbang untuk singgah. Aku ni pantang jumpa tempat pelik2 – aura nak singgah memang layan. Nama tempat ini ialah Pengkalan Kempas kerana tidak jauh dari situ ada sebuah pengkalan pendaratan bot/sampan untuk laluan di air. Beratus2 tahun yang lalu tempat ini mungkin sebok la macam kat Chow Kit Road tapi bila zaman beredar dan laluan air tidak digunakan lagi maka kita pun pasrahlah akan perkara ini. Bot/sampan yang berlabuh kini sungguh lesu. Kebanyakannya hanya hendak memancing atau menangkap udang. Sungai pun dah keruh kaler coklat kuning. Dulu pun aku pernah sekali ke sini tetapi dah lupa bila.

Sungguh malang tempat ini tiada pengunjung walaupun nilai sejarahnya amat tinggi. Tempat ini menempatkan sebuah makam pendakwah yang bernama Syeikh Ahmad Majnum dan batu megalith. Beliau meninggal dunia di situ ketika mengembangkan sinar Islam dan juga dianggap sebagai seorang wali. Pahatan di batu nisan tertulis tahun 1467/68. Makam ini adalah makam paling tertua di Malaysia. Batu mengalith pula sudah wujud dari abad ke2 lagi. Selepas meninjau dan menghayati apa yang ada kat situ – aku meneruskan perjalan ke PD. Swim kat sana best, laut pun ok.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: