KISMES INGAT SANTA KLAUS

Selalu bila menyambut kismes ialah cuti umum tetapi tahun ini kismes jatuh pada hari sabtu maka tiadalah cuti umum. Aku memang tidak akan merayakan kismes tetapi hormat kepada mereka yang merayakannya. Waktu santai ku design kan sekeping kad untuk wish hari natal ini. Sepasang kasut, cemin mata dlm air dan sebuah beskal membawa makna cuti kismes ini akan ku penuhi dengan aktiviti swim bike run. Juga kengkawan yang terjebak dalam acara 3 alam ini dan beragama kristian pula, wa ucapkan merry christmas. tapi we all semua raya la, jangan nak folo macam wa pulak.

Mengingat kepada hari raya natal ini – benda yang sangat glamer ialah Santa Claus. Santa selalu berjanggut dan wajah tua yang sangat dermawan. Ia juga dikenali sebagai Saint Nicholas, Bapa Krismas, Kris Kringle, atau “Santa” sahaja. Dikaitkan juga sebagai tokoh sejarah, lagenda dan mitos. Dalam budaya rakyat yang menganut kristian disifatkan sebagai pembawa hadiah pada Malam Krismas atau Hari Krismas, atau pada hari kenduri beliau, iaitu 6 Disember (kalendar budaya Barat). Legenda ini mungkin berdasarkan kisah-kisah hagiografi mengenai tokoh Saint Nicholas yang bersejarah.

Gambaran moden Santa Claus sebagai lelaki tua (atau orang halus) yang gemuk dan periang dan memakai serba merah bergelang dan berkolar putih, diiringi tali pinggang kulit dan but hitam, menjadi terkenal di Amerika Syarikat pada abad ke-19 kerana banyak dipengaruhi ahli karikatur dan kartunis politik yang bernama Thomas Nast. Imej ini sejak itu dikekalkan di dikukuhkan melalui lagu, radio, televisyen, dan filem. Di United Kingdom dan Eropah, gambaran Santa selalunya seiras dengan Santa Amerika, tetapi di sana namanya ialah Father Christmas.

Satu legenda yang berkaitan dengan Santa menceritakan bahawa dia tinggal jauh di utara, di sebuah tempat yang dituruni salji sepanjang zaman. Versi Amerika Santa Claus tinggal di Kutub Utara, manakala Father Christmas dipercayai tinggal di Finland. Butiran-butiran lain termasuk: dia sudah berkahwin dan tinggal bersama Mrs. Claus; dia membuat satu senarai kanak-kanak seluruh dunia, mengelaskan kanak-kanak itu mengikut perilaku mereka; dia menghantar hadiah, termasuk mainan, gula-gula, dan lain-lain kepada semua kanak-kanak yang berkelakuan baik di seluruh dunia, dan kadang-kala arang atau batang diberi kepada yang nakal, dalam jangka masa satu malam; dan dia menyelesaikan kerja berat ini dengan bantuan orang halus yang mengilang mainan, dan sembilan ekor rusa kutub terbang yang menarik pedatinya.

Pemupukan kepercayaan terhadap Santa Claus kepada kanak-kanak juga sekian lama menghadapi tentangan. Sesetengah penganut agama Kristian mendakwa bahawa tradisi Santa menyimpang dari asal-usul keagamaan dan tujuan sebenar Krismas. Yang lain pula merasa bahawa Santa Claus ialah satu pembohongan yang panjang lebar, dan adalah tidak beretika untuk ibu bapa mengajar anak-anak mereka mempercayai kewujudan Santa. Ada juga lagi yang menentang Santa Claus sebagai lambang pengkomersialan perayaan Krismas, atau suatu pencabulan terhadap tradisi kebangsaan mereka.

Sumber:Wikipedia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: