MENANG

Malaysia menang 3 – 0 keatas Indonesia dalam perlawanan timbal balik final Piala Suzuki Asean Football Federation (AFF) Championships di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.

Mohd Safee Sali menjaringkan dua gol pada minit ke-60 dan 73 sementara pemain gantian Mohd Ashaari Shamsuddin menjaringkan satu gol yang lain pada minit ke-67. Jaringan 3 gol ini adalah sebagai bekalan untuk dibawa ke Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta, untuk perlawanan kedua pada hari Rabu ini.

Sayugia diingat Malaysia telah tewas kepada  Indonesia pada perlawanan pembukaan Kumpulan A dengan 1 – 5 di Jakarta pada 1 Disember. Selepas itu Msia seri 0 – 0 dengan Thailand, menewaskan Laos 5 -0, dan mengalahkan Vietnam dengan  agregat 2 – 0. Malaysia belum pernah memenangi Piala  AFF ini sejak dimulakan pada tahun 1996 di Singapura. Hanya sekali final pada tahun 1996 tetapi tewas ditangan Thailand dengan 0 -1. Semoga tahun ini, Pasukan Negara kita akan berjaya menjulang piala suzuki ini. Gambar (Utusan Malaysia), rujukan: The Star

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: