ANA MENANG

AJL anjuran TV3 telah selesai mlm Ahad lepas tetapi semasa itu clash dengan MU lwn Liverpool (bola la epl lig) – jadi nya aku pun tak lah nengok sangat.  Akhirnya juara lagu keseluruhan dimenangi oleh Ana Raffali melalui lagu bertajuk “Tolong Ingatkan Aku”.

Mengikut ketua juri M.Nasir – lagu ini berjaya memikat hati juri kerana ia mempunyai elemen pembaharuan dan dilontarkan dengan penuh jujur dan spontan. Maknanya “simplicity is the best” la ya. Ramai oang tak puas hati woo, sehinggakan ada yang buat reaksi negatif memberi komen dalam FB dan Twiiter supaya kemenangan si Minah yang sering berbaju kurung ni ditarik balik…..isssh korang, faham tak pasal bab muzik nih. Sian dia korang buat begitu. Tapi apa nak buat masyarakat kita ni masih lagi tak dapat memahami secara mendalam tentang aspek2 seni. Dengau sedap dah kata bagus. Begitu juga lukisan, nengok abstrak kata conteng2. Karya realis cantik di puji2.

Masa pengumuman itu ari pun ada segelintir yang megeboo si Ana ni dan juga ada chau balik awal. Cuba baca dan faham kan lirik kat bawah ni hasil karangan Ana tu…best tu, ayat nya simple je penuh santai tapi maknanya mendalam. Bacalah mana ada cintan2 macam dulu2 punyer lagipun yang penting lirik nya original – tak ada celok mana2. Tak populis tapi ada kekekuatan.

Tolong Ingatkan Aku

Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa ditebus hari

Chorus
Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Ulang Chorus

Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku
Kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: