LE TUA “LEH KAYUH”

Ahad ini, pada 16 hb Januari 2011 akan diadakan satu kayuhan beskal lumba (road bike race). MTB pun boleh…apa salahnya, pun mantap jugak tapi tak berapa laju. Masa flag off pada jam 7.30 pagi. Nama race ini ialah Le Tua 100 de Jelutong. Tiru lagi ala2 le tua de france tapi dia oang sebut “le tour”…de langkawi pun minggu depan nak mula….isssh. Le tua (Bahasa Perancis membawa makna membunuh). Pehal lak sebut perkataan “le tua” tu. Jelutong ride geli2 je. Ada lebih baik panggil kayuhan jelutong…dah. Le kayuh pun ok.

Suka juga aku katakan “perarakan beskal” kerana ianya cuma kayuhan beramai2 dan penganjur tidak menyediakan hadiah kepada pemenang. Zon pecutan merebut jersey hijau – boleh. Zon pendakian merebut jersey kotak merah – boleh. Zon2 ini kalau korang macam Anuar Manan pun hadiah tiada disediakan. Kepuasan peribadi – ok. Attacking boleh sahaja asalkan cukup oksigen dlm paru2. Peloton elit depan jangan eksyen sangat…toleh2 lah kengkawan kat belakang sama.

Hanya medal sahaja akan diberi kepada mereka yang menghabiskan kayuhan sejauh 100km ini…..Feeding ada disediakan (2 tempat tapi bukan menyusu tau just bagi air). Had masa tutup ialah 5 jam. Takkan tak boleh sampai kut. Hanya untuk 200 cyclist sahaja – lebih2 tak boleh mungkin takut tak terkawal.

Walaupun bukan road bike race tetapi kengkawan dari spesis sayap kayuh mesti tak akan lepas peluang untuk cucuk, lambong ke rempit antara satu sama lain. Berbagai2 jenis beskal akan kuar Ahad ni…ada yang tido beskal, makan beskal, gaji abis beli beskal, bini macam beskal pun ada, beskal bekilat, beskal mahal karbon tapi tak laju pun ada dan macam2 la ceriter2 nya.

Penganjur kepada event ini ialah Bukit Jelutong Resident Association. Maknanya penduduk2 di kawasan itu lah. Bagus jugak resident kata sana tu ya cos dia oang celik sukan dan pendorong kepada bidang lumba beskal….amin. Kena bayau la 50 hengget.

Sebenarnya aku masih 50/50 nak join kayuh le tua 100 ni kerana hampsring aku tak berapa nak kebah daa… semasa merempit di pacesetter track meet ahad lepas. Try nak pass kepada Zulhasan – dia pulak ada hal. Nampak gaya aku bedal jugak mengayuh ahad ini. Sakit tanggung sendiri…marshal tolonglah kau…tapi mintak2 ok la.

Oh ya petang tadi semasa hujan lebat di luar dalam ketenangan hati, ku buatkan sebuah lakaran seoarang pengayuh beskal bersama satu pesanan ku tuliskan disebelah kiri si pengayuh beskal race (lihat drawing atas).  Umpama macam akulah si  ketua reban menasihatkan anak2 buahnya supaya bila berjumpa beramah mesra lah. Cun, tak cun belakang kira. Abis tu apa guna join kelab kalau bantai alone look macam poyo beskal berkilat. Tolong menolonglah antara satu sama lain. Just nasihat je lah. Eratkan ukhwah, rapatkan barisan jangan busy body dan jangan terlebih gossip pulak….tu aje pesanan aku.

2 Responses to “LE TUA “LEH KAYUH””

  1. zulhassan Says:

    terima kasih atas oper tu tapi maaf ada urusan. Adik buat kenduri(makan-makan memang best dari kayuh 100km).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: