“LEH KAYUH” PAGI TADI

Memang best kayuhan amal Le Tua 100 tadi. Mengayuh sejauh 100km dan dapat medal serta sijil. Di atas medal tertera perkataan “over the hills and far away” dan aku sangat setuju dengan tema itu. Berbukit2 dan berbaloi kepenatannya. Kayuhan ini juga aku panggil “seronok dalam seksa” kerana tendon hamspring aku tak berapa recovery lagi – dah kena layan bukit dan bukau. Kekadang juga kena peletok lebih sikit kasut berklip aku nih bila cramp bersama rider dan jumpa trafik light. Bahaya betul kasut kilp ni – ada kala dia jem pulak. Walau apa pun…syukur aku selamat sampai dan tidak terkena apa2 kemalangan dan kerosakan beskal. Kayuhan hari ini melibatkan 800 rider dan bukannya 200 oang seperti kenyataan aku sebelum ini.

Demi tak mau injury aku ni lebih melarat terpaksalah aku mengayuh ala2 makan angin sepanjang perjalanan. Yang tak best bontot aku tetap kebas & sakit. Apa kes sadle fizik 2nd hand aku nih. Ni memang nak masuk bicyle by sell la tak lama lagi. Ke atau pun shape ponggong aku memang tak sesuai pakai fizik. Adoi macam ni….susah jugak.

Jarak kayuhan ini adalah yang paling jauh pernah aku mengayuh dalam arena main beskal. Sejarah kayuhan aku ialah di Putra Jaya ada sekali (60km), PD sprint Tri (20km) Mersing (45km) dan yang lain2 ada kut 10/15 km sekali kayuh di sekitar PJ/UM. Itu pun tak banyak. Dulu kenangan masa umur belasan tahun ada jugak aku kayuh beskal handle kontot dari Kg aku ke Morib. Tak sangka pulak baru sekarang aku boleh main beskal racing. Kalau dah kayuh sampai 100 km hari ni ni kira nya layak lah aku dipanggil “cyclist”. Kalau tak layak dipanggil pun tak ape…..kegiatan riadah diutamkan dan paling penting juga boleh berjumpa dengan ramai kengkawan baru dan lama.

Setelah menempoh separuh laluan terdapat laluan berbukit yang dinamakan “dragon back” yang curamnya agak mencanak.  Ramai rider terpaksa turun dan menyorong beskal mereka. Sape yang pakai beskal carbon dan punya 10 gigi gear sedikit advantage. Beskal frame besi/aluminuum dan gear bwah 9 agak susah sikit. Hatta bukan kira pada beskal tapi yang penting ialah kekuatan kaki dan liuk lentok semasa mengayuh (tekniklah). Seksa bukit nih…tapi best giler…kayuhan mendaki bagai nak rak pastu pegang arm rest turun laju macam mengelusur (tak leh tahan seronoknya, terawangan membuai2)

Akhirnya aku sampai jua ke finishing line dalam kul 12.25 tgh (tempoh kayuhan dalam masa 4 jam lebih). Pehh sampai je terus layan nasi ayam dgn satay yg disediakan penganjur. Perut dah lapau sangat…tertebeng je kat tepi jalan tu. Yum yum…kambing barbeque dah abis cuma tinggal satay aje. Tak ape la. Mavelos pulak nasi ayam tu ke atau perut aku yang lapau…ntah la.

Terjadi kisah aku terlupa bawak helmet pagi tadi……baru teringat ktika dah sampai di Tol Bkt Jelutong maka aku pun u-turn kembali semula ke Sek 17, PJ untuk mengambil topi ni. Tersesat pulak aku merapu memandu sampai ke Guthrie, alih2 terus sampai Federal Highway walaupun aku aim NKVE…masa tu dah pukul 7.10 pagi (masa dah suntuk, helmet wajib pakai lak tu)….amacam race mau mula kul 7.30 pagi – sempat ke ni nak ambik helmet. Aku pun tepon Kadok nak kompom bila flag off dan dia kata kul 8.00, terus aku lega cos ada masa nak pulang ke umah untuk ambik topi keledar. Akhirnya aku sempat sampai pada 7.50 pagi. Pungah beskal terus ke tempat permulaan dengan jayanya tak pepasal sampai 2 kali ulang alik – helmet punya pasal. Apsal la aku boleh terforget nih…patut longok siap2 kat beskal tu. Tak per la mungkin ada hikmah tu pada setiap kejadian.

6 Responses to ““LEH KAYUH” PAGI TADI”

  1. RaYzeef Says:

    tahniah KR..lepas ni FM mesti kacang punya🙂

  2. ijam Says:

    fuh, tak sangka pulak masuk. Syabas!!!

  3. ryzals Says:

    caya la tok

  4. Naim Says:

    Salam,

    Abg Lan may be boleh cuba seat yg mcm nie http://www.brookssaddles.com/en/Shop_CategoryPage.aspx?cat=saddles+-+touring+%26+trekking agak conventional tp tanya kawan2 yg kaki cycling dia org ckp selesa pakai nie.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: