LARIAN lagi

Semalam petang bermula jam 5.45 ptg aku menyertai larian yang dianjurkan oleh Kolej Kediaman Kediaman ke 8, UM (Asrama Kinabalu) dengan yuran hanya rm2/= sahaja. Jarak laluan sejauh 3 km. Dapat tempat ke 14 dengan masa 15:50 saat. Penyertaan 30/40 orang sahaja.

Pagi tadi diadakan pula Larian Gemilang anjuran (12th residential) yang juga dipanggil Kolej Kediaman Raja Dr. Nazrin Shah. Larian ini juga di dalam kampus UM. Mula-mula nak join secara “ghost runner” iaitu “no register no bib” tetapi last minute – hati rasa tak best dan segan pulak dengan students yang lain maka aku pun regester la secara sah.

Route melalui Federal Highway dan masuk semula ke dalam kampus UM. Tiada kun keselamatan dan pengawasan marshal yang cukup dan polis trafik semasa mengikut laluan di FH membuatkan larian menjadi sedikit merbahaya. Larian dalam pace berhati2 takut kena gesel atau dilanggau kenderaaan. Medal hanya 20 tempat sahaja. Sah aku tak dapat medal lagipun tiada kategori veteran diadakan. Cuma 2 kategori sahaja iaitu lelaki dan pompuan.

Sampai di Bukit Cinta aku hanya berjalan sahaja. Nama Bukit Cinta diberi sempena peristiwa – bila segelintir student sering “men” chenta di waktu malam kat atas bukit tu. Kerap jugak Pak Guard membuat operasai kat situ. Ada jugak yang tukang skodeng. Pernah jugak pihak pengurusan nak ada kan pondok pengawasan demi perkara itu tetapai tak jadi kerana telah dibangunkan tempat latihan untuk anggota Palapes” di atas sana.

Teringin rasa dihati, aku nak buat sebuah larian yang bertajuk “larian dua menchenta” mengelingi UM dan 2 kali panjat bukit tersebut. Bukit nostalgia untuk para pelajar yang sering berjoging atau berlumba memanjat bukit tersebut. Bukit ini “bukit kesihatan” sebab ramai yang mendaki demi kesihatan badan.

Pendek cite, larian ini aku tamatkan dalam masa 52:30s. Jarak dalam hebahan ialah 10km tetapi setelah berlari jaraknya cuma 8km lebih sahaja. Sebanyak RM3/= bagi setiap bayaran pendaftaran akan disalurkan ke rumah titian kasih (sedekah la). Sambil berlari sambil bersedekah. Bagus. Gambar: Tey Eng Tiong & Hailmi Masro

One Response to “LARIAN lagi”

  1. mohamad zulkarnaim bin zakaria Says:

    saya nak masuk larian buah pinggang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: