BANJIR

Banjir di Johor menyebabkan seramai 44,055 penduduk daripada 10,028 keluarga, terutama dari daerah Segamat, Kluang dan Johor Bahru. Mangsa-mangsa banjir telah di pindahkan ke tempat penempatan yang lebih selamat. Kawasan ini juga terputus hubungan darat apabila semua jalan dinaiki air sehingga 1.5 meter.

Sabah pula mencatatkan 3,980 mangsa dipindahkan di empat daerah berikutan hujan lebat dengan Kota Marudu mencatat mangsa paling ramai, iaitu 2,175, diikuti Beluran (1,276), Sandakan (364) dan Pitas (75).

Tiga sungai di Kota Marudu yang mencatat peningkatan ke paras bahaya ialah Sungai Bongon setinggi 7.04 meter dan Sungai Batasan (6.53 meter) serta Sungai Bengkoka (4.8 meter).

Hujan lebat berterusan di Melaka pula menyebabkan beberapa kawasan rendah dilanda banjir mengakibatkan 2,432 penduduk dari sekurang-kurangnya 30 kampung dan taman perumahan di tiga daerah utama dipindahkan selepas dinaiki air hingga hampir paras dua meter. Kawasan paling teruk terjejas adalah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek dan Durian Tunggal.

Selain itu, seramai 2,232 penduduk membabitkan 496 keluarga di empat daerah di Negeri Sembilan dipindahkan ke sebanyak 26 pusat pemindahan sementara sejak tiga hari lalu. Kawasan terbabit ialah Tampin, Jempol, Kuala Pilah dan Rembau.

Sementara itu, seramai 538 mangsa dari 133 keluarga di Pahang dipindahkan ke sebanyak 18 pusat pemindahan sementara selepas daerah Rompin, Raub, Bentong dan Maran dilanda banjir, sejak pagi semalam.

Jika bantuan sukarelawan diperlukan, ayuh mari kita membantu terutamanya mereka2 yang mahir berenang terutama yang selalu join ironman, triathlon, swimathon dan duathlon Ada lebih baik kita membantu mangsa2 banjir dari menyertai event2 yang ada ketika ini. Lagi puas hati. Kalau rela, pasukan polis/tentera, pertahanan awam, ngo tak menang tangan – jom kita membantu sama.

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: