BERGOLAK

Presiden Tunisia, Zine El Abidine Ben Ali telah belah dari negaranya sendiri pada 14 Januari lalu selepas kebangkitan rakyatnya yang mendesak beliau berundur.

Kini di Mesir pula pabila berjuta2 rakyat negara yang mempunyai binaan Piramid dan Terusan Suez itu mendesak Hosni Mubarak segera berundur….tetapi enggan pula. Perlu diingat juga Anwar Sadat telah ditembak pada tahun 1981 apabila beliau bersetuju berdamai dengan Israel pada tahun 1979 melalui sebuah perjanjian. Perjanjian bersama Manahem Begin itu membuatkan Amerika memberi bantuan sebanyak 1.3 Billion US setahun kepada Mesir. Memang punca…tu pasal Palestin tersepit dan rakyatnya menderita sehingga kehari ini.

Mubarak mahukan pilihanraya secara aman dan tidak akan bertanding. Sayang kepada negaranya sendiri kut. Pengumuman presiden itu yang disiarkan di televisyen mengundang kemarahan penunjuk perasaan, dengan sekali lagi bertindak melanggar perintah berkurung dengan berkumpul di Dataran Tahrir. Hari ini ialah hari kelapan para demontrasi menunjukan tentangan mereka.

Perubahan yang besar sedang berlaku di bumi arab. Di Jordan rakyat telah mula resah, Di Yamen pula Presiden telah declare awal2 tak mahu bertanding dalam pilihanraya…takut la tu. Israel juga makin takut (betul tidak – no komen cos surat khabar/media dikuasai oleh kapitalis). Keluarga Saud di Arab saudi juga gabra.

Keadaan di Timur tengah agak tegang. Harga minyak sudah naik. Rakyat Malaysia (kebanyakan para pelajar) akan di bawa balik segera selepas pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) serta pesawat khas milik Malaysia Airlines System (MAS) dan Air Asia tiba di Kaherah. Kapal Bunga Mas 5 milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang sedang bertugas di Teluk Aden juga akan digunakan untuk memindahkan rakyat Malaysia. Timbalan Menteri Luar, A. Kohilan Pillay turut mengadakan perbincangan dengan Kementerian Luar Mesir bagi memudahkan pemindahan rakyat Malaysia ke Arab Saudi sebagai transit dahulu. Semoga semuanya selamat.

One Response to “BERGOLAK”

  1. kamarms Says:

    ni takde kaitan dengan mesir atau tunisia…. saje-saje nak menyibuk kejap pasal camera ni…

    http://kamarms.blogspot.com/2011/01/nasib-baik-tak-beli-sony-a55-sony-a33.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: