LATIHAN BIATHLON

Disini yang tiada bermusim sejuk (bersalji) biathlon lebih dikenali sebagai dua acara (swim & run) tak kira jaraknya berapa, sukahati kau la nak buat berapa – 10km swim (tak mungkin) atau 100km run (pun tak mungkin). Biasanya 1.5km swim dan 10km untuk run. Janji dua acara ini digabungkan…udah – nak selang seli dgn lompat katak semasa belari contohnya itu suka hati korang. No hal.

Kalau kita baca di wekpedia pula, biathlon lebih dikenali sebagai sukan musim sejuk yang menggabungkan mengelunsur ski diatas salji dan menembak menggunakan senapang. Terdapat juga variasi popular yang iaitu termasuk Biathlon musim panas,yang menggabungkan berlari/ski di atas darat dengan membawa riflery (untuk menembak).

Hari ini aku join berlatih biathlon di PADE (Pusat Akuatik Darul Ehsan) bersama dgan Ian, Amsyah, Nik, Deo, Kash dan Jaja. Program ini dirancang oleh Amsyah sebagai latihan untuk menyertai S’pore Biathlon pada minggu depan. aku pun just tumpang aje. Ada antaranya baru pertama kali jumpa. Memang best la gathering bersama sambil berbiathlon. Tunjuk ajar antara satu sama lain. Kongsi2 pengalaman. Teknik kalau kantoi boleh diperbetulkan melalui pemerhatian kengkawan lain. Jarak renangan sejauh 1.5km dan larian sejauh 5.6km. Swim dalam pool tertutup dan tidak lah panas sangat tetapi semasa berlari megelilingi Stadium Alam Shah cuaca agak panas kerana jam sudah jam 10 pagi…memang pun. Lenkali kalau ada pasti aku akan join jugak. Patut dia orang buat medal pastu anjurkan Biathlon geli2 antara dia orang terutama gang RBU (runnig bloger united).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: