NBD RUN (ADA BRAN)

Ada sebuah bukit diberi nama “bukit cinta” di dalam kampus UM. Kalau nak rasa macam mana mencanak nya bukit ni – jom join NBD run yang akan diadakan pada 20 Feb. 2011. Route akan melalui bukit ini. Tarikh tutup 10 Feb 2011. Tiket masuk race ialah 10 hengget sahaja. Sila klik untuk maklumat. Petang tadi aku jog ikut route tu dan dapatlah sampai dalam masa 32 minit. Dulu masa fit pernah juga buat 25 minit. Untuk makluman jugak laluan bukit cinta ini mula dibuka pada tahun 2000. Sebelum tahun 2000 jalanraya ini tak ada, maknanya masa aku muda2 dan bertenaga muda tak lah dapat merempit kat situ.  Dedulu yang ada cuma semak hutan menyembur oksigen segar. Ayam hutan ada, kera/monyet dan kadangkala babi hutan pun ada. Hinga kini monyet aka kera tetap ada dan jumlah nya bertambah. Sering juga menganggu pelajar2 dan penjogging2 yang lalu kat situ. Aku pun memang selalu sangat menempuh halangan kera2 hensem ni – rasa nyilu betis bila menempuh makhluk ni. Jabatan Zoologi dan Haiwan UM telah melakukan kajian macam mana nak memandulkan gang2 ini lantas mungkin tak lama lagi akan berkuranganlah habitatnya. Hilang pulak meriahnya nanti gang2 ni bila tiada disitu kurasa. Penunggu jalanan. Ayam hutan juga masih ada disekitar bukit itu dan kadang2 sebelah pagi menyelusup masuk di kawasan kolam renang yang bersebelahan dengan Taman “rimba ilmu”. Bukit cinta dengan rimba ilmu memang bercantum pun.  Kerap jugak aku ternampak sekawan ayam2 hutan ini mencari makanan disekitar pagar kolam. Sungguh seronok pulak melihat nya. Burung2 pun banyak berkicauan.

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: