TIADA LAGI “KR”

Semalam telah diadakan mesyuarat tahunan kali ke 2, kelab larian Chap Ayam Runners. Meeting ini telah diadakan di Universiti Malaya pada jam 3 ptg. Sukacita sy publish kat sini ucapan aluan daripada saya as Ketua Reban of CAR. Sy telah menarik diri dari pemilihan Ketua Reban edisi tahun 2011 kerana memberil laluan kepada kengkawan lain supaya mereka boleh try mencari pengalaman menjadi KR baru. Mana lah tau lebih efisen lagi. Semoga KR baru, Sdr Azri dapat merelisasikan impian semua ahli2 untuk melihat CAR itu terus maju dan gemilang. Sy hanya sebagai penasihat dari luar sahaja. Kalau dipanggil untuk membantu sy tetap akan menolongnya jua.

Apa yang saya buat dan korbankan selama ini hanyalah minat dan cinta sy kepada dunia larian – itu sahaja. Ingin membantu sebuah kelab larian yang kebanyakannya terdiri daripada anak2 muda melayu melakukan kegiatan riadah dalam satu unity dan ingin melihat tubuh badan mereka menjadi kuat dan qasar. Kalaupun barisan AJK baru ini, tidak perlukan saya lagi, itu tidak mengapa – segalanya yang ikhlas itu akan sy halalkan sahaja.

Ucapan saya semalam, telah diganggu dan dipotong stim oleh pengacara majlis apabila dia datang ke rostrum berbisik menyuruh sy memendekkan ucapan pada hal ucapan itu sebenarnya pun hampir habis. Demi menghormati Pn. Jenap M Said yang datang jauh dari Singapura dan baru pulang dari Join Maraton di Marocco saya panjangkan sedikit ucapan saya itu. Tn Onn pun ada bersama ketika itu.

Kata2 ucapan saya semalam (duration time 10 minit), tak boleh ke?

Ucapan terimkasih kpd juru acara majllis

Juga bacaan doa tadi, semoga majlis yang diadakan hari ini akan berjalan dengan lancar. Mudahan bacaan doa ini juga dapat diizinkan Tuhan agar dipanjangkan pada setiap masa sepanjang tahun 2011 dari kita dilindungi oleh mara bahaya oleh Allah. Maklumlah penglibatan CAR dalam acara2 seperti cycling, running, swimming dan mendaki memang banyak risikonya.

Sebelum, saya menyambung ucapan hari ini, saya juga mengajak ahli2 CAR bertafakur sambil membaca al fatihah untuk ayahanda Zulkipli Galeh (imam) yang telah kembali kerahmatullah pd isnin lalu. Juga kpd ahli2 keluarga ibu ayah yg telah meninggalkan kita. Suatu hari nanti nanti kita juga akan menempuh detik2 ini, dunia memang jambatan ke akhirat..…alfatihah.

Yang saya hormati kawan2 sekelian, salam sejahtera, salam satu chap ayam runners, salam satu Malaysia. Selamat datang dan terima kasih dan kerana sudi hadir ke AGM CAR kali yang ke 2. Sesungguhnya kehadiran tuan/puan amat dialu-alukan.

“Ingin rasa memakan kari,  Kari cendawan batang keladi, Girang rasa tidak terperi, Bertemu tuan yang baik budi”

Hari ini adalah kali ke dua sy diizinkan Tuhan dapat berdiri dan bercakap di rostrum ini utk menyampaikan ucapan sebagai KR (Ketua reban) utk CAR. KR adalah nama timbangan sy bilamana dipilih menjadi Presiden CAR pd tahun lepas.  Ianya bertujuan menunjukkan rasa spontan, mesra, santai kpd semua ahli2 CAR.

Sukacita pada petang ini, ingin sy menyingkap sejarah penubuhan CAR supaya kita dapat refresh semula asal usul CARs ini.

CAR bermula apabila (Kapten Gunung) Cikgu Maswafi mengucapkan perkataan CAR’s secara  spontan dari mulutnya sekitar bulan November 2007 di Bukit Jalil sewaktu menghadiri majlis makan-makan serta rumah terbuka hari raya yang dianjurkan oleh Kelab Pacesetter Bukit Jalil. Cikgu Wafi mencadangkan kpd Mr Seketeri untuk memberi nama CARs kepada team relay  yg bakal disetainya utk menyertai KLAVA DEEPAVALI MUHIBBAH OPEN RELAY, bertempat di Taman Bukit Kiara pada 8hb Nov 2007. Mereka yang pertama kali menggunakan nama CAR ialah Maswafi Abdul Samat, Mohd Hailmi Masro & Nazib Ngainin.

Seterusnya dari situ perbincangan bersama saya, Halmi, Nazip, Ida, Farid, Rambo, Fendi merancang pula untuk menubuhkan sebuah kelab yang diberi nama CARs. Nama CARs amat mesra dan spontan jadi jesteru itu ada baiknya ditubuhkan sebuah kelab larian yg bernama CARs.

Pemuafakatan antara satu sama lain telah berjaya menubuhkan kelab CARs dan secara rasminya telah dilancarkan pada 01 Januari 2009 di Taman Tasik Perdana sewaktu berlangsungnya pacemakers network run ketika itu. Sebuah blog yg dikendalikan oleh saudara setiausaha dan nazip telah dibuat demi untuk menarik runners di sekitar lembah Klang supaya menyertai Cars ini. Saya juga telah sama membantu dalam menyediakan imej grafik seperti logo, poster header dan lain2. Satu acara larian telah Berjaya dianjurkan oleh CARs pada pad April 2010 di LG, KL. Sehingga kini ahli2 yang telah menghantar nama dan biodata kepada CAR dan telah diterima masuk ialah seramai 220 orang.

Pd pemerhatian sy CAR telah Berjaya  menukar Chap Ayam dpd satu nama yg lucu atau gurauan menjadi satu kelab larian yang disukai ramai. Ramai diantara ahli2 yg telah berjaya memenangi berbagai acara larian yang mereka sertai. Selain larian CARs juga telah menubuhkan sayap-sayap lain seperti mendaki, berenang, cycling dan swimming. Perkembangan ini amat sihat demi merealisasikan supaya manusia itu harus bersukan demi inginkan badan yang sihat.

Banyak kebaikan dari penubuhan Cars ini sebenarnya contohnya dapat mengeratkan hubungan anatara satu sama lain, bertukar2 pandangan, berkongsi2 ilmu dalam acara kepakaran masing2 dan mereka yang baru menceburkan diri dan boleh bertanya kepada mereka yang pakar. Aktviti2 lain seperti majlis berbuka puasa juga turut diadakan pada setiap tahun. Mungkin juga kita boleh merancang aktiviti2 lain.

Disamping itu terdapat juga kelemahan2 yang perlu kita baiki untuk penambahbaikan contohnya medium pengantara iaitu blog yg saya nampak dan saya rasa perlu dipertingkatkan dari segi pengisisan dan update info terkini. Blog CAR secara amnya telah dikendalikan oleh CAR1. Kekangan waktu kekadang blog itu tidak dapat disempurnakan dengan betul. Sy mencadangkan supaya, sesiapa yang mahir dalam pengendalian blog supaya volueeter membantu Car1 kearah penambahbaikan itu. Kita tidak mahu blog CAR itu adalah milik peribadi atau citarasa CAR1. Kalau boleh blog itu mestilah bersifat umum demi kepentingan bersama.

Pelari Tegar. Pd tahun ini kita mengadakan satu anugerah yang dinamakan “anugerah pelari tegar”. Kategori lelaki dan wanita. Mereka dipilih berdasarkan jumlah mileage penyertaan larian paling jauh dikalangan ahli2 CARs yg lain.

Dua buah piala piala pusingan kategori lelaki dan wanita telah disediakan untuk anugerah ini. Rancangan asal untuk membuat piala berdasarkan skecthing yg sy buat tidak berjaya dilaksanakan kerana kekangan budget. Walau apapun akhirnya kita membeli piala ini dlm bentuk ready made sahaja dengan harga rm200.00 sebuah. Suka sy mengingatkan kepada semua ahli2 CAR pd thn 2011 ini supaya merekodkan dan menghantar mileagae larian setiap race masing2 dari masa kesemasa dan sila hantar kpd setiusaha.

Silalah menulis didalam buku/diari/reminder/desktop/buku khas kalau dapat. Pd tahun lalu ramai yg tidak berbuat demikian. Sukar pihak AJk untuk menentukan penerimaan  anugerah ini. Apa2 pun sy ucapkan tahniah kpd penerima anugerah buat pertama kalinya ini.

AJK. Pd pandangan sy adalah amat penting untuk kita melantik AJK bagi sesi thn 2011 ini supaya dapat memantapkan CARs itu sendiri. Sy berharap kalau boleh diadakan juga pemilihan ini dan idea2 baru dan tampil kedepan bagi membolehkan kita memantapkan CAR.

Penutup – Akhir kata dari saya semoga pertemuan kita pada petang yang harmoni ini dapat memberi impak dan manafaat kepada semua yang hadir, semoga kita beroleh kesihatan yang baik, boleh bertanding dalam banyak race, memperbarui PB dan berpeluang dapat naik podium. Juga kesempatan ini saya memohon maaf sekiranya terdapat perbuatan saya yang menyinggung hati tuan dan puan semasa saya menjadi KR pada tahun lepas. Dan dengan lafaz bismillahirrahmannirrahim sy rasmikan CAR AGM kali ke2. Sekian, terima kasih. Selamat bermesyuarat.

Gambar oleh Yum Kim Kok, menemani KJenab semasa menghadiri majlis ini.

6 Responses to “TIADA LAGI “KR””

  1. RaYzeef Says:

    terimakasih PR (penasihat reban) atas semua jasa semasa menjadi KR.

  2. lily Says:

    hidup kr!

  3. zulhassan Says:

    aku pasrah… dengan keputusan KR.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: