TERINGAT

Tanggal 12 hb bulan Mei 2005,  sudah 6 tahun berlalu tapi rasa macam setahun lepas sahaja kenangan ini. Ketika itu aku menjadi manager kepada pasukan olahraga staf UM dan berjaya pulak menjadi Johan dalam pertandingan melibatkan kakitangan IPTA seluruh Msia.

Teringat aku kepada Victor penyelaras olahraga dan Amin selaku coach semasa itu. Kerjasama erat antara athlit, pengurus dan jurulatih membuahkan hasil kita menjadi johan. Tetapi selepas itu aku tidak dibenarkan menjadi pengurus lagi kerna keluar undang2 ciptaan sendiri mengatakan atlit tidak dibenarkan menjadi pengurus walhal pada tahun itu aku membantu quartet veteran menyumbangkan pingat emas. Sedih benar hatiku ketika itu madu yang ku beri hempedu pula dibalasnya. Aku pasrah walaupun berkorban masa dan duit untuk menyediakan tapak untuk pembangunan olahraga dengan kengkawan UM telah di halang.

Ku simpan keratan akhbar ini dan ku paparkan disini bersama sijil sebagai kenangan dan bukannya hendak menunjuk2 tetapi ini adalah sebagai kepuasan diriku dan rintihan hati sahaja. Kini pasukan olahraga staf UM sudah lemah, setiap kali kejohanan hanya berjaya duduk di tangga ke lima dan ke empat sahaja. Aku pulak sebagai athlit lutut dah sakit sering pula habis gas – mana leh train lebey2 jesteru itu memang la sering kantoi untuk  menyumbang pingat. Tetiba petang tadi satu pangilan dari Pusat Sukan telah mengoffer aku menjadi manager semula, tetapi aku masih belum memberi kata putus….nanti la akan ku fikir2kan. Jom layan gesekan biola Andre Rieu (romeo & juliet)…melayan rintihan peristiwa dulu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: