SWIM PD

Hari rabu petang pada jam 5.45 ptg (16/3/11) bersama Faris swm di PD mula dari Avillion (tapak triathlon) menuju ke Bayu Resort iaitu sejauh 2km pergi dan 2km balik. Tak tau ukuran ni betul ke tidak, main agak2 je. Tapi kalau banding route 1.5k PD triathlon laluan ni rasa lagi jauh. Faris terlanggar badan penyu…perghh best wa folo belakang. Sampai ke Taman Rekreasi kat Bayu sana ngelat sikit kerana naik ke darat kencing sekejab. Faris kata tak baik buang air dlm laut nanti microorganism masuk pulak dan boleh memudaratkan. Terserempak pulak dengan satu group kengkawan India tengah layan samsu. Wah dia oang heran pulak siap tanya bro lu pro ke? hehehe mana ada pro beb….swim slow macam kura2 masuk laut. Kami berpatah balik masa itu hari dah mula gelap, aduss seram pulak makin lama makin gelap sebab cemin mata kalis air wa ni jenis uv hitam lebey. Buddy pulak kekadang ada kekadang hilang dicelah2 ombak. Akhirnya kita sampai jugak ke pengkalan semula dengan masa 1:50minit.

Pada sebelah pagi, keesokannya (Khamis) – kita ulang balik latihan pada jarak dan laluan yang sama tetapi masa tu low tide membuatkan feel tak berapa best, tangan sampai luka terkena batu karang. Bila kita ketengah, ombak menarik dan susah pulak nak ke tepi pantai balik.  Wa sengsorang pada masa tu coz Faris pulak ketiak dia blister dan badan ada gatal2 angkara diserang pepijat masa tidur kat budget hotel PD dan dia berpatah balik dengan berjalan. Wa teruskan jugak kuakan dan akhirnya sampai ke Avillion dengan masa 1:48 minit. Inilah jarak renangan yang paling jauh semenjak wa involve dlm hal berenang2 ni. Akan berlatih lagi di sini (PD) kerana kunun nak join swimathon Kapas tak lama lagi.

3 Responses to “SWIM PD”

  1. RaYzeef Says:

    wah sexy betul gambar dalam air tu🙂

  2. zulhassan Says:

    bro lu pro ke?–> kalau teruskan begini rasanya tak lama lagi pro lah.

  3. ryzals Says:

    pro ombak nie

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: