CORETAN BATERI

Ramai betul rakan dan taulan tak puas hati dgn larian bateri kelmarin. Tahun lepas sub pada pacesetter pun banyak bunyi jugak, nah kali ini buat sendiri lagi hancuss…nak jimat kos la tu atau sub con tin kosong…….eh eh aku tak ada kat tempat kejadian apa pulak nyebok ni. Bukan apa aku kesian ler nengok kengkawan lain yang menerima nasib macam tu kerana dilayan seperti oang pelarian di bumi sendiri.

Sebenarnya kan, silap malam tu pada agihan goodie bag aje….dia oang terlepas pandang nak melayan beribu2 runners dlm pengagihan barang tu. Tak ada analisa dan meeting ke ko oang buat sebelum race, tak tau la pakcik. Selepas over control, penganjur pun panggil polis dan polis dengan selamba nya mengarahkan supaya goodie bag tidak perlu diagih semasa itu demi mengelak kejadian yang lebih buruk lagi. Kejadian tolak menolak dan tidak terkawal boleh mengakibatkan rusuhan dan boleh menimbulkan kemarahan pula kepada tuan punya SIC.

Dari itu, penganjur pun akurlah pada kehendak polis. Bila runners yang dah penat ni dengar mereka tak dapat medal dgn goodie bag tu maka dia oang pun hanggin la satu badan. Terjadilah tsunami event larian dikala malam yang bulan nya tidak mengambang dan disuluh lampu picit diikat di kapala. Terpalitlah sejarah hitam.

Ramai lah runners2 ini tidak akan membeli bateri enerniger mungkin akibat perkara ini. 001 peratus dari penguna kut. Media baru (fb dan internet) menambah lagi akan kekusutan ini. Bukan main lagi mengutuk…hu hu hu kita bako, bako apa. Yang banyak menimbulkan kekecohan ini ialah mereka yang masuk kategori 11k, 5.5k dan fun run – mungkin agaknya dia oang bayau 50/60 hinggit nak pulang modal sampai 70/80 hinggit, tu la pasal. Entah2 baru first time join.

Kengkawan yang dalam kelompok 42k dan 21k, wa rasa tak lah banyak menimbulkan masalah. Selalunya runners yang sejati tak lah kisah sangat benda2 macam ini. Dah tak ada – apa nak buat bro. Tak ada rezeki, adatlah bak kata oang tua2…buat kenduri, selesai kenduri kita basuh pinggan mangkuk dan dah banyak2 tu ada jugak yang terpecah tak sengaja….sorry ye pandangan peribadi sahaja.

* enerniger ni satu bateri yg bagus, aku punya kamera, jam, remot kontrol pakai dia laa. Tapi peristiwa kat SIC tu tak pulak mematahkan semangat aku nak beli dia lagi. Demi mengelak dari syarikat kamu merundum, ada lebih baik tahun depan jangan buat race ni lagi. 

6 Responses to “CORETAN BATERI”

  1. zulH Says:

    baik dia orang buat race kereta control je tok

  2. ijam Says:

    bukan pengagihan goodie bag je bang :
    1) nak ambik beg – masalah
    2) penanda jalan takde, brp kilo dah lari ni?
    3) reben dapat 2 je, mcm tak tau apa point dia bagi reben tu
    4) runners boleh menipu, tak buat complete loop, takde marshal control
    5) penanda arah pun takde, saya masuk dlm stadium, lepas tu tak tau nak belok mana
    6) kat dalam track tu gelap, takde marshal,
    7) air pulak tak cukup masa dlm track tu bang…huhu

  3. RaY Says:

    KR, cian ramai FMV/1st time lari marathon macam Deo, Che Daud, Fazli, Izwan dll lagi…memori indah jadi memori pilu, Medal FM pertama x dapat! Finisher Tee 42 x dapat! Penat lari 42km tu KR, training dah la berminggu-minggu, LSD x pernal tinggal setiap minggu, bayak tenaga, masa, wang ringgit dicurahkan utk marathon pertama…tup tup jd macam ni, x hangin ker? kita bakor je Energizer…he he

    • rlans Says:

      yelah, simpati & terharu betul dgn nasib korang angkara energizer durjana ni tapi jgn beteri disalahkan cuma kalu dpt lepok je person incharge tu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: