CORETAN KAPAS

Acara Swimathon Kapas ke Marang sudah berlalu.  Gabra/keluh kesah untuk menyeberang dari Pulau Kapas ke Marang sudah tiada lagi. Renangan semalam aku buat dengan masa 3:10.03 s dengan jarak 6.5km. Syukur pada Allah kerana mengizinkannya aku sampai ke seberang.

Merasa berenang sejauh ini dengan umur meningkat senja di lautan luas sungguh mencabar kerana kudrat badan semakin lama semakin lemau. Sebelum dulu tak pernah terlintas pun nak berenang sejauh jarak ini. Tiba-tiba tanpa direncana aku terberani pula untuk mencuba dan berjaya pula merealisasikannya…Alhamdulillah. Semoga dengan terberaninya aku ini, dapatlah kiranya mendorong anak2 muda memberanikan diri macam aku ini…harap2 gitulah kalau korang minat…eh macam poyo.

Tak cuba tak tahu, tak kenal lah lambunan ombak.  Suka aku bagitahu kepada kengakawan lain yang ingin cuba event ni, jangan pula terjun membabi buta kerana ini lautan luas lagi pun jauh beb 6.5 km, berlari atas jalan pun penat ini kan dalam laut. Bering kuakan tangan tersasul2 – mugkin jarak ini tersasar jauh lagi sampai 7/8km. Kepada sesiapa ingin mencuba aku fikir korang mestilah  wajib boleh berenang sejauh 30 laps x 50m non stop dalam pool terlebih dahulu. Bab yang lain2 tu korang belasah saje lah.

Kalau diimbas menggunakan garmin atau polar, sedah tentu laluan renangan aku macam ular kena palu berbengkang bengkuk  kerana tak ada pengalaman nak mengemudi diri macam kengkawan lain yang sedia terrer tu. Sepanjang renangan aku hanya memikir untuk selamat sampai dan dapat berjumpa kengkawan lain di Pantai Kelulut. Itu sudah memadai.

Sepanjang renangan aku semalam, ada kalanya aku enjoy mengapung2kan badan dalam lautan luas (sebenarnya rehat penat giler). Sungguh indah samudera ini bila kekadang melihat pula ikan2 di dalam laut. Juga semasa berenang, aku juga telah dipatuk oleh beribu2 kutu laut (anak jelly fish) disepanjang laluan. Bisa juga macam kena suntik ala acupunture oleh menatang halus ni di merata badan. Sekejab dibibir, sekejab dihidung, tinga, leher dan lengan Huhhh geli sungguh tapi best walaupun aku dah sapu vaselin. Nasib baik spentot aku ni hampir sampai ke paras lutut dan agak tebal, kalau tidak lagi nyanya.

Tanda boya/belon besar di setiap 1.5km. 3.5km dan 5.5km seperti yang dijanjikan oleh Mr. Chan gagal ditunaikan. Mereka hanya meletakan bot untuk 1.5km dan belon2 kecil sahaja. Lupa la kut. Perkara ini menyukarkan aku untuk sighting arah laluan terutama orang yang pertama kali join macam aku ini. Aku hanya memerhati tanda marking arah dengan pandangan sebuah bukit paling tinggi dalam banyak2 bukit di Daerah Marang itu sebagai penanda arah. Kadang2 bukit itu hilang kerana halangan ombak…sekejab ada sekejab tak ada.

Helipkopter berlegar2 di udara memerhati peserta2 memulun untuk sampai ketepian. Ini aku puji kerana angota polis bersiapa sedia jika ada apa2 kecemasan. Kayaker juga seperti membuat lorong laluan sebelah kiri dan kanan tetapi kekadang hilang juga dalam pandangan kerana jumlah kayaker  tak banyak.

Disebabkan renangan pada peringkat permulaan aku slow makanya bila sampai kepenghujung (500m terakhir), laut di Pantai marang sudah hampir mahu surut maka ombak menarik aku ketengah semula. Banyak kudrat diguna untuk melawan tarikan ombak tersebut. Ya rabbi betul2 punya pulun/survive masa tu.

Apa2pun bak kata pepatah pengalaman adalah guru segala tok guru. Pembacaan atau dengar cakap kekadang tak berapa tepat kerana mungkin lain oang lain pesepsi. Kapas/Marang memang terbaek untuk para swimmer. Lenkali moh la join. Kalau tak pandai berenang mulalah dari sekarang berlatih, join kelas dan jangan malas. Yelah usahalah sampai berjaya kerana berenang ni susah sikit nak dapat skil yang bagus. Aku pun masih lintang pukang lagi. Kalau terer dah tentu dapat sampai dalam lingkungan sub 2 kemarin. Ibarat melentur buluh kan ke elok dari awal (rebong) – lembut senang, kang kalau dah keras jadi buluh…susah la sikit.🙂

10 Responses to “CORETAN KAPAS”

  1. Deo Says:

    Ni ada sambungan lagi tak tok? Macam tak habis lagi je ni citer….

  2. hanchik Says:

    Jelezzzzzzzzzzz…!!!!!!!!congrats Tok…!!!!!!!!!!!

  3. zulhassan Says:

    Potong tul baru nak naik kepala baca sambungan pula hahaha…ape ape pun tahniah kerana berjaya juga.

  4. RaY Says:

    Tahniah tok ayam, berjaya mengharungi lautan, lepas ni kalau buat FM lepas ni sure celah gigi jer.. he he

  5. zackyui Says:

    Tahniah tok! Marathon dalam air bukan sembarang org bole buat…

  6. Berita Melayu Says:

    salam ziarah

    jom ke blog buaya dan jadi follower sekali k

  7. amsyah Says:

    Tahniah KR! rasa semangat bila baca entry ni… kena sambung kelas renang lagi lah ni…

    Tahniah, tahniah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: