TUJUH PERKARA

Suka aku catatkan tujuh perkara mengenai lewat swimathon Kapas/Marang untuk dikongsi bersama untuk tahun depan kalu panjang umur:

1)      Jumpa aku sebelum pergi pekena teh tarik dulu sambil berborak. Aku akan citer pengalaman aku la.

2)      Kalau hendak mencapai timing sub 2 (bawah dua jam) check diri anda boleh swim 50/55 saat pada setiap lap 50m saiz pool berterusan 20/30 laps tanpa henti. Jika tak boleh, harap bersabar kerana ada setahun lagi dari sekarang. Jika anda buat setakat 65/70 saat bermakna targeting time adalah sekitar sub 3. Tak apa join sahaja la, kerana changes nak nek podium memang tipis. Podium spek kepada yang pro dan ada yang pernah mewakili state, kelab atau negara. Tapi mana tahu kan, kalau berlatih atau bermimpi kahwin dgn ikan duyong.

3)      Pengangkutan hendak kesana disediakan oleh penganjur dengan menaiki bas Kjaan Terengganu pergi dan balik dengan bayaran 40 hengget sahaja. Tapi kena booking cepat2 takut abis. Jangan berlagak macam aku pergi naik vip coach balik naik flight. Buat apa membazir. Car pool pun ok, kongsi 2/3 orang dan boleh enjoy berhenti di mana2….jalan2 cari makan.

4)      Ada lebih baik pergi awal untuk menyesuaikan diri kat sana, race hari ahad dan cuba berangkat hari Jumaat pagi. Letih memandu atau tak tido dlm bus memang efek.

5)      Hotel di Marang paling terbaek ialah Marang Waterfront dan disebelahnya ada gerai makan mengadap laut…perghhh best nasi dagang ikan patin gulai ikan kayu semua terangkat. Hotel ini dekat pulak dengan jetty ke Pulau Kapas. Sewa rm120.00 semalam. Taraf 3 *

6)      Venue event di Pulau Kapas ialah di Kapas Island Resort. Kalau menginap kat situ senang nak join taklimat, serba serbi dekat ngan tempat permulaan. Jangan jadi macam aku berulang alik dari Chalet Mk Chik Gemuk lebih kurang 1/2km dari situ – jauh. Chalet Mk Chik Gemok banyak nyamok.

7)      Kalau berjaya merentas lautan Kapas bermakna korang layak digelar swimmer, Mk cik Gemok cakap perenang. Kira mancho la konon. Juga kalau berjaya, konfiden untuk join triathlon lebih lagi bahagian swim…beskal ngan run lain citer cos atas darat.

One Response to “TUJUH PERKARA”

  1. zulhassan Says:

    no 4 tu: kalau terlebik efek dan flow pun payah tok hahahaha….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: