BENDERA

Bendera Chap Ayam Runners telah dibawa naik ke kemuncak Gunung Kinabalu oleh Sabri & Ruby menandakan bendera yang aku usahakan bersama Imam (Car47) dulu semasa menjadi Ketua Reban telah berkibar di atas sana. Usaha anda berdua membawa bendera tersebut amat besar maknanya kerana ianya menjadi pemangkin semangat kepada ahli2 yang lain.

Amat simbolik kibaran bendera itu, puncak tertinggi di Asia Tenggara telah ditawan oleh wakil CARs. Ramai juga ahli yang dah naik tapi lupa nak bawak bendera itu. Nukilan Ida/Suami dan Zas  pun dah naik tanpa flag ni tapi aku bila pulak nak naik? Entah la bila agaknya. Tempahan dua unit bendera lagi telah dibuat atas permintaan KR baru (Azri) dan mesyuarat agm lepas.

Pepehal pun, syabas dan tahniah kepada yang tukang bawak naik ke atas. Terserempak dengan mereka semasa di KLIA dulu sebelum mereka berangkat ke sana dan aku bagi kacang sebungkus pada Sabri tanda ucap selamat berjaya. Suka pulak aku nengok dia oang ni couple gi sana. Macam serasi pulak…ehmmm..

Walaupun pun bukan Everest, Gunung Kinabalu pun dah bagus. Dua ahli CARs sedang berekpedisi ke Everest iaitu Munzir & Dila tapi tak pasti pulak dia oang ni membawa flag ini. Kalau dia oang tak bawak, mungkin satu hari nanti, bendera ini akan naik juga ke sana (Everest).

4 Responses to “BENDERA”

  1. Imam Says:

    uwaaaa….. terharu wa baca beb…. Alhamdulillah… ada juga kenangan yg kita tinggalkan buat CARs…. bendera… huhuhuuuu

  2. june malik Says:

    kejayaan untuk semua. congrats to ruby and sabri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: