CEPAT SETAHUN

Cepat masa berlalu, setahun lepas bagaikan sebulan. Sambutan tahun lepas di Ganu iaitu perhimpunan Cuepacs sempena hari pekerja. Peringatan kepada semua bahawsanya 1 hb Mei, adalh hari pekerja – esok ya…jangan lupa dan hari Isnin (cuti gantian kepada hari Ahad).  Last year, aku tak dapt join ke sana disebabkan urusan peribodi tetapi kali ni di adakan di Ipoh dan aku kena pergi la jugak.

Tolong rayakan hari pekerja kerana itu adalah hak kita. Cara apa korang nak merayakannya terpulanglah pada keseronakn sendiri. Makan angin dengan keluarga, gi serang restoran/warong mewah, kaki beskal kayuh tak henggat, kaki lari buat lsd bagai nak rak, memerap di umah, main masak2 (resepi terpilih), melukis, outing gunung, swimming tapi pool banyak tutup, pukul gambo (mat kamera), cinemaplex (ada citer best ke), mengusung awek sampai tak tau mana nak gi, shooping tapi raya lambat lagi, kilat motor sampai tak tau mana nak gosok lagi….dan….dan seribu macam benda lah.

Aku merayakannya dengan join perhimpunan di Ipoh….nak overnight kat mana malam ni, tak tau si Razak booking dimana. Dimana…manalah asal selamat – apa ada kisah. Kalau kesatuan dah bagi budget – faham2lah. Ni kes nak berjoli jangan…amanah kena jaga. Malam ini ada dinner dengan gang Cuepacs dan keesokan paginya pula ke perhimpunan bersama PM di Stadium Indra Mulia. PM nak umum naik gaji ke yang diwar2kan oleh semua oang atau hanya tulisan diblog aka sembang kedai kopi sahaja. PRU13 punya hal ke…tunggulah esok dan jangan menaruh harapan sesangat. Ini lirik setahun sudah berlalu mahu kasi jiwang sikit hari Sabtu yang mendung ini. Nyanyian Alleykucing. Meowww. Lagu oleh M.Nasir. Lirik dari S. Amin Shaab.

Gurindam dan irama
Tidak lagi ku hiraukan
Setelah api cinta terpadam
Apa yang tinggal kini
Hanya sisa kesal kelmarin
Menjadi simfoni mendayu
Pada setiap malam mingguSetahun sudah berlalu
Februari muncul kembali
Dengan kehangatan semalam
Tanpa ku sedari
Ku petik mawar merah
Ku tulis sekuntum puisi
Tapi sayang pada siapa kan ku beriKesepian memaksa
Ku lihat wajah di cermin
Terpandang aprut di muka ku
Bekas cinta yang lama
Apakah tidakkan hilang
Kesan cinta yang terus mendatang
Bermain di jiwa ini

Pesal…tak boleh layan ke lagu ni? ok pe….utiub bawah (audio sahaja/dengar sahaja mata sila pejam)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s