SEMALAM (IPOH)

Sempena sambutan hari buruh semalam, Cuepacs mengadakan sambutan di Ipoh pada tahum ini. Jalan2 ke Ipoh sambil menghadirinya, aku singgah di Istana berhantu Kellie  Castle (itu dulu la) tetapi cuma melihat dari luar tepi sungai tu sahaja dan tak sempat nak masuk dalam. Kalau aku datang sengsorang pasti aku lama di kawasan ini. Sila klik sini untuk info pasal Istana ni. Kebetulan singgah kesitu kerana on the way menghantar anak si Jabar ke rumah keluarga isteri di Batu Gajah.

Menjejak kaki di Bandar Batu Gajah (Kampung Bonda kepada Sultan Perak) terasa sangat teruja cos aku tak pernah sampai dan pengamatanku juga bandar ni memang cantik. Sama kelas macam Kuala Kangsar, Taiping mahupun Selama.  Juga disana terdapat Makam di Raja disamping Masjid baru Batu Gajah yang sudah hampir mahu siap, kubah dia besar dari jauh nampak tersergam indah.

Selepas itu terus menuju ke Ipoh dan tersesat berpusing2 mencari lokasi hotel. Hotel semua penuh kerana terdapat banyak events yang besar2 disana (fully booked). Tak kisah la pasal tu, kekadang hotel 5* pun kelasnya – aku bukannya senang boleh tido pun. Budget hotel pun dah syukur…kan.  Paling penting  boleh mandi,  tukar pakaian pun dah ok.

Sebelah malam menghadiri jamuan makan malam yang dihostkan oleh Dr. Zamry (MB Perak). Merasalah aku masuk ke kediaman beliau. Tapi bukan dalam umah tapi cuma di laman nya saja. Pintu umah dia kunci. Pehal lak aku nak masuk dalam, aku bukan ada hubungan sedara ngan dia. Aku rasa MB telah merakyatkan kediamannya. Hampir 1 ribu oang perwakilan Cuepacs masuk kehalaman rumahnya yang dipasang canopy besar dan pentas. Jamuan beserta perembahan nyanyian, tarian dan cabutan bertuah disponser oleh K’jaan Negeri Perak. Besar kawasan kediaman MB ni lebih kurang dua setengah  padang bola, kisah MB dulu (Datuk Ramly) pernah mengusulkan supaya kediaman ini dipindahkan ke tempat lain tak menjadi kenyataan. Ada juga bunyi2 radio karat yang beliau pula hendak mengambil alih tanah tersebut tapi telah terhalang.

Tak berapa dulu semasa peralihan kuasa antara MB Nizar (Pas) dan Dr. Zamry, ramailah reporter dan oang ramai menunggu serta melepak di luar kediaman ini kerana kehangatan peristiwa itu.

Dalam kawasan kediaman ini siap ada Dewan untuk acara2 rasmi serta ada court Badminton. Malang swimming pool pulak tak ada. Garaj kereta banyak. Rumah penyelengaraan dan orang gajian pun ada. Tandas untuk orang ramai menghadiri upacara ada (cantik) terletak di sebelah canopy tadi.

Keesokan hari, sambutan hari Cuepacs berlaku di Stadium Indra Mulia. Stadium tertutup ini bersebelahan dengan Stdium Perak yang berada di dalam sebuah kompleks sukan terbesar yang dinamakan Komplek Sukan Dewan Bandaraya Ipoh. Kebawah Duli Sultan memang meminati Sukan jesteru itu pasarana Sukan di Ipoh tu besar. Swimming pool awam pun besar jugak, terdapat 5 kolam di dalamnya untuk orang ramai mandi manda. Stadium hoki pun ngam juga.

Makan dipinggir Stadium pun sedap2 juga. Aku try nasi kerabu…wah dasat tak ada tolok banding macam kat KB rasanya. Pada sebelah pagi aku ternampak beberapa runner sedang berlatih disekitar komplek tersebut dan mengingatkan aku tak kala lsd di Bkt Aman – Hartamas yang lama dah aku tak join. Juga pada hari itu juga diadakan Kejohonan olahraga remaja kebangsaan di dalam Stadium…dan sempat jugak aku menengok sekejab. Disebabkan aku konvoi dengan member terpaksalah aku meninggalkan awal menonton acara olahraga itu…Dia oang nak balik dah plan nak membeli limau bali kat kuil Buddha tu larrr. Aku beli sebijik yang paling beso dengan penjual (Amoi) berpakaian seksi konon nak memancing pembeli. Sampai umah limau tu tak bape manis…lagi sekali aku kuciwa. Selamat tinggal IPOH.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: