:-) SENYUM

Beskal dah tak terbela, tersadai di dlm umah, floor pump belum beli lagi dan tyre makin lama makin kempis. Parah ni kalau aku biarkan dia lelama. ATM triathlon makin lama makin dekat, latihan kayuhan tak ada langsong. Pagi semalam sengaja belari dalam kesejukan hujan sebelum masuk pejabat sejauh 6km. Kaki dan badan macam berat kerana semasa gi Ipoh asyek makan je keje. Malam tadi member pejabat ajak main badminton dan aku bedal sampai 5 set diselang seli dengan cross training dalam dewan sana. Sekarang ini otot pinggang bahu semua dah sengal sesengalnya…nak pakai baju pun susah. Lama betul tak memegang racket sampai berabuk dah, guard grip – cat warna sampai dah terkuar melekat kat tangan kaler unggu. Kekadang masa aku lompat ala2 Liem Swie Kim smash, bulu tangkis tak kena pastu pandai pulak aku salahkan lampu. Kalu Han Jian dan Yang Yang nengok mesti gelak berguling2. Icuk Sugiarto apa kan lagi. Main seminggu 2 kali dan khamis malam ni memang aku tak mau join pukul bola bulu ayam tu lagi kerana sengal otot tak bape nak recovery lagi walaupun dah teruja nak berkecimpong balik macam dedulu. Kalau aku main bminton tu jugak akan kompom la acara larian ke tri ke aku dah tak join lagi. Melaka ATM Tri dan PD Tri pasti aku jadi malas nak join. Lain2 hal nak citer kat sini yang tidak menjadi rahsia ialah NB15k, 5 Jun ni, aku join kerana nolong bapak Rustam design kan medal dan pastu dia oang bagi percuma ler (fees) ngan Solomon run. Lari free la aku setelah memerah idea kreativiti buat design tu. Nak publish ke kat sini, tak yah la…tunggu je laa masa abis race nanti, akhirnya dapat jugak nengok rupa medal tu. Sekali harung sekali baca tak ada paragraf…satu nafas baca coretan aku kali ni. Tiada pembaca tiada fol-low-er, aku tak kisah. Ini coretan jujur dari naluri hatiku dan tiada langsung terpengaruh dengan mana2 pihak. Sejenak terfikir apa yang aku suka, aku tulis. Jika tiada apa yang aku suka ketika aku sedang relax2 dikala masa menjamah usia, ku biarkan saja blog ini kosong.  Benak fikirankukah yang patut dihukum kerana membiarkan blog ini sepi seperti tiada bertuan. Oo tidak, jika touching pada diri aku..aku tulislah semoga kalian sama sepertiku dan menulis sepertiku juga.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: