ACARA

Semasa majlis meraikan athlit2 zon 7 yang mengambil bahagian dalam sukan staf UM kelmarin, Dr. Zainudin mencadangkan supaya diadakan satu acara pengalakan renang dengan kaedah siapa boleh menghabiskan renangan sejauh 1km – mereka akan diberi sijil penghargaan. Beliau ialah Timb. Dekan kat sini di Fak. Sains dan begitu minat dalam hal laut melaut. Tak kisah pun kalau dia kena buang dilaut cos laut adalah kehidupannya. Semasa di England dulu katanya, dia amat aktif dalam perahu layar dan sering menerjah dari Pulau ke Pulau dengan geng sana la kut. Aku memang selalu jumpa Dr. Zai ni kat pool tapi tak pernah pulak nak berborak. Beban akademik sebagai pensyarah membebankannya untuk terus aktif dalam bidang ini namun cintanya pada hal2 aktiviti dalam air tak pernah terpadam. Tak ku sangka pulak boleh berborak dengan seorang pelayar yang berpengalaman. Terus sahaja ku cadangkan supaya projek ini difokuskan (aiming) terus ke Kapas/Marang swimathon pada tahun 2012. Teruja la jugak nampaknya. Sesiapa staf yang take part dalam acara yang nak dirancang ini dan tamat habis berenang sejauh 1km tanpa henti, akan terus sahaja berlatih untuk join ke Kapas Maran pada 2012 nanti. Wah…kalau jadi, kira ok jugak tu, boleh Zon aku aka UM biaya sikit kos nak ke sana. Kena tulis gak paper work ni sebagai acara rasmi. Tapi…kan, ramalan ahli nujum dari Taiwan mengatakan tahun depan akan ada malapetaka besar kat dunia dan korang nengok tak filem 2012 macam kiamat. Bongok kan kalu korang ter”percaya dengan perkara itu. Waima semua perkara adalah pasti dan sudah tentu akan ketentuannya adalah benar sebenarnya datang dari Allah yang maha esa lagi penyayang. No sipi2, 100% dari hati sanubariku dan kengkawan semua.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: