KHUTBAH TADI

Cantik betul khutbah jumaat tadi di Masjid Institut Bahasa, Lembah Pantai. Perkataan cantik membawa makna sangat baik (no one), bahasa pasar bila borak ngan kengkawan. Siapa nama imam dan dari mana datang, tidak pulak aku bertanya kepada sesiapa geng di semejid tadi. Mungkin dari UM atau IB agaknya.

Tajuk khutbah mengenai hari ibu yang akan disambut pada hari Ahad ni disampaikan dengan begitu baik sekali. Rugi aku tak rekod suara imam tadi. Kalau direkod boleh jugak dikongsi bersama. Bila kita nazak nak meninggal dunia pasti kita akan teringat ibu/emak katanya. Kasih ibu sepanjang hayat. Masa kita kecik atau baru lahir siapa yang mencuci najis kita? jawapannya ialah ibu.

Ibu memastikan anaknya akan berjaya dalam hidup maka ibu bertungkus lumus bersama ayah memberi didikan terbaik dan ajaran agama dengan sempurna. Maka dengan izin Allah anak2 tadi jadilah manusia berguna dan berbakti pula kepada Negara dengan memegang jawatan yang tinggi dan bergaji besar. Ada juga yang sederhana dan cukup2 makan sahaja. Biasala tu, abis tu – kalau semua nak jadi dokter, lawyer, ketua polis negara, akauntan dan beratus jenis penjawat awam hatta ahli politik ke lantas siapa pulak nak jadi driver, tukang kebun, jaga tol, kondukter bas dll. Ahli muzik, pelukis, pelari pun ada tapi semua yang tersurat adalah hukum alam kan….kasim selamat seksaponis muda ajaib (filem) ibu mertuaku jgn ikut, tu dah terbalik citer aku ni kang.

Malangnya ada jugak segelintir kaum yang tidak mengingati jasa ibu dan sering mengabaikan kasih sayang ibu mereka sendiri. Antaranya tidak pulang menziarahi ibu di kampung, sering pulak bertengkar dengan ibu sendiri dan yang paling aku sedih ada yang menghantar ibu mereka ke pusat jagaan orang tua2. Durjana namanya itu. Ingatlah kalau perkara itu dilakukan, pembalasannya akan diterima jugak pada satu ketika nanti. Tunggulah masa kita dah tua dan jalan pun dah tak berdaya, sekarang bolehla eksyen.

Moh kita rayakan hari ibu pada hari ahad ni, jom kita gembirakan perasaan ibu kita, belikan dia pakaian baru, bawa ibu makan angin, doakan kesejahteraanya dunia dan akhirat. Semenjak tahun 1987 aku hanya bernostalgia bersama Ibu kerana telah pulang kerahnmatullah pada tahun itu. Al Fatihah.

2 Responses to “KHUTBAH TADI”

  1. Deo Says:

    Salam KR. Teks khutbah tu blh download di laman web JAWI.🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: