PETANG TADI

Cuaca panas la sekarang ni ye, berlari sekejab berjurai2 peluh kuar. Matahari betul2 berada di garisan khatulistiwa menyebabkan pancaran cahaya tu tepat ke muka bumi sini dan ramailah orang mengeluh kepanasan. Sila klik untuk itu. Melambunglah bil api kerana pendingin hawa sentiasa di on kan. Pengeluar aircon menambah kapasiti pengeluarannya kerana permintaan yang tinggi.

Kalau berterusan begini ada kemungkinan air2 di empangan mungkin susut dan boleh mengakibatkan musim kemarau. Catuan air mungkin akan dikenakan kepada semaua penduduk. Harap2 tak lama lagi, Allah akan menurunkan hujan. Hujan yang turun bagaikan mutiara….nyanyi lagi…nyanyi. Insayaallah.

Lukisan hati petang tadi berlari (ran) dari UM menuju ke Padang TNB bersama Din dengan hajat dihati  nak belari dalam linkungan memusing padang rumput sejauh 9km. Sampai sahaja kat Padang tu ternampak pulak otai pro Redzuan Sulaiman sedang membuat fatlek dan terus sahaja aku dapatkannya dan berborak2 la kat padang tu hal ehwal citer larian. Redzuan ni pernah mewakili Msia ke sukan sea tau dalam acara marathon dan persoanal best dia ialah 2:28.00 semasa dia berumur awal 30 an iaitu sekitar tahun 1988. Aku pulak tak pasti dia ni dah mendaftar masuk jadi ahli Yakeb (Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan) ke belum…nantilah aku tanya lenkali. Mumtaz Jaafar and de gang la.

Sampai sekarang beliau masih terus belari dan belari. Sering berada dalam kelompok 5 terbaik dalam setiap event yang dia sertai. Tak berani nak run dalam full marathon lagi dan hanya join kategori bawah separa marathon.

Bercerita dia pada aku dan aku pula mendengarnya. Kadang2 aku pula yang bertanya dan dia pulak menjawab denagan ramahnya….lelama tiadalah aku berlari kerana hal itu, dan hanya menengok pulak si Redzuan merempit menyambung fatleknya.

Selesai dia memecut cara fatlek (main speed), bila berhenti pada hentian tempat aku menunggu – spontan dia berkata “walaupun kita sihat boleh belari tapi kita jangan takbur kerana bila2 masa jugak kita boleh dapat sakit yang pelik2 ” Ada lebih baik kita jangan memaksa badan dan berlari hanya untuk kesihatan, kegembiraan dan kepuasan sahaja – katanya lagi. Aku menganguk tanda setuju sambil membetulkan topi adidas ku yang hampir sengit.

Bertanya aku lagi tentang makanan tambahan yang dia ambik dan dia menjawab hanya menyudu madu original setiap pagi dengan bacaan selawat, superilina dan parmathon. Tambahya lagi, saya tidak meminum minuman berais, makanan pedas dan berminyak adalah makruh katanya. Jadi reporter pulak aku ni nampak gayanya.

Bila azan berkumandang aku pun chau la meninggalkan padang tersebut dan berlari balik masuk ke kampus UM meninggalkan kenangan bersama Redzuan. Aku mengisi waktu magrib tadi dengan pace 4 minit untuk sampai cepat ke car park kerana aku perlu pulang segera kerana ada urusan dengan family pulak. Macam berlumba pulak aku dgn Din Kolam. Aku penat hari ini tak tau pasal apa – mungkin agaknya kerana tengahari tadi aku dah berenang dalam cuaca panas.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: