SEMBANG sekejab

Pada sambutan hari pekerja di Ipoh minggu yang lalu, aku sempat berjumpa dan ambik gambo bersama Presiden Cuepacs, Datuk Omar. Seraya menghulurkan tangan dan memberi salam sambil senyum ala2 politik lantas aku bertanya betul ke gomen nak bagi penyelarasan gaji, kemudian beliau menjawat: memang kita amat memperjuangkan perkara itu dan tunggu sahaja pengumumannya dibuat kelak. Agaknya beliau pun dah muak dengan pertanyaan semacam itu – dimana2 beliau pergi baik koperal, sarjan, pemandu, cikgu, cik kak kaunter, kerani dll, nurse comel, pegawai viteriner, jurufoto dan beratus2 jenis penjawat awam semua akan bertanya pasal tu. Aku menganggukkan kepala dan terus ambik gambo bersama geng2 yang ada kat situ. Seterusnya beliau terus beredar melayan tetamu yang lain bersama Datuk Zamry dan aku pulak terus ke hadapan pentas melayan menonton persembahan nyanyian  sambil makan kuey teow goreng panas.

Ingatkan masa di Ipoh hari tu, PM datang rupa2nya member salah beri maklumat dan yang datang ialah Menteri Sumber Manusia. Tunggu juga semasa sambutan hari pekerja peringkat Kebangsaan kut kut ada berita tentang itu di Bkt Jalil tetapi hanya TPM sahaja yang datang.

Bagi aku tak mengapa lah, agaknya gomen tak ada duit kut nak bagi naik gaji 1.2 juta penjawat awam ni – berbilion 2 beb. Juga ada kemungkinan agen special brand JPA suspek disesetengah agensi produktiviti tak seberapa, gaji pulak nak lebih.

Paling seriau dikala ini ialah harga barangan meningkat tak tentu pasal…..tak percaya bawak troli masuk ke Tesco, Giant ke Carefour ke Carefree ke tengok amacam….mesti tiga emapat ratus tak lari punya kepada mereka yang dah berkeluarga anak lebih kurang 4/5 orang (yang bujang tu belakang citer). Kenapa pulak hypermarket ni macam cendawan tumbuh sehinggakan di pekan2 kecik pun ada – takkah ianya membunuh pekedai2 runcit meniaga di kampung2.

Semalam pula kuar berita bahawasanya sistem PTK yang sudah dimansohkan itu akan ditukar kepada penilaian konsep 360 darjah dimana kakitangan bawahan juga layak mengakses produktiviti bos2 mereka. Ini aku kira bagus jugak kerana sistem ini mampu mengelakkan berlakunya penindasan dalam hubungan antara pegawai atasan dan kakitangan bawahan. Tindakan berhati2 oleh semua pihak dan mengambil kepentingan keseluruhan. Sistem ini akan dilaksana pada 1 Julai ini, Cuepacs akan membuat perjumpaan dengan JPA pada hari ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: