DUIT…DUIT

Sembang pagi hari ni, aku nak cite pasal duit sekejab:

US dollar diguna pakai satu dunia termasuklah tok2 arab yang kaya raya, memang mangkuk “no US dollar no talk” kerana memperdagangkan hasil minyak mereka dengan duit ada gambo simato satu dipuncak pyramid. Berkiblat pada US dollar sedangkan dia oang boleh bersatu menggunakan duit mereka sendiri. Tapi apa nak buat memang dah cengitu tebiatnya. Mangkuk tandas pun emas…Cik Kiah ooo

Terbaru ni pulak bila aku membaca wall post dari Tun Mahatdir dan paper mengatakan tukaran bagi US1 bersamaan RM3 bermakna kita (negara membangun lebih selamat dari negara maju – ye ke?). Jelas krisis kewangan belum berakhir. Punca kepada segala tok punca bilamana duit dicetak bertrilion2 tapi tidak bernilai seperti masa Jepon menjajah Tanah Melayu dengan mencetak duit gambo pokok pisang yang hampas tidak bernilai – ingat tak. Mungkinkah senario perkara ini akan terjadi semula? mungkin ya mungkin tidak. Berdoalah kita demi keluarga dan generasi akan datang.

Perang Dunia yang terjadi dulu yang mana kemudiannya kuasa imprialis bangkit setelah semua negara kucar kacir angkara perang yang dicipta. Perang direncanakan untuk menjual senjata2. Maka seterusnya, imprialis bangkit dengan kaedah menjadi kaya dengan teori untuk membuat wang seperti hedge fund, carry trade, perdagangan mata wang, penggabungan dan pengambilalihan, pelaburan di ’emerging markets’ (sebelumnya dikenali sebagai negara-negara membangun), bon junk, kredit perumahan yang disekuritisasi, surat berharga komersial, short selling, dana indeks, pinjaman sub-prime, dana ekuiti swasta, repo pasaran, kenderaan pelaburan berstruktur dan lain2. (footer: the ringgit and the dollar – Tun Mahatdir)

Hal ini dapat memberikan keuntungan besar bagi mereka yang cerdik akan perkara itu membawa kepada mereka menjadi jutawan dalam tempoh yang singkat. Pemain pasaran wang yang untung berbilion-bilion ini pula dapat menyumbang pada KDNK tinggi dan pendapatan per kapita di Negara mereka seperti di Amerika dan Eropah. Tapi sebenarnya perkara ini hanya ilusi dan sifatnya tidak berpijak di bumi nyata maka datanglah keruntuhan semburan gelembung yang pecah tidak boleh diselamatkan lagi. Menyelamatkan keadaan wang dicetak dan terus dicetak akirnya tidak bernilai seperti kertas tisu jamban. Jom layan ABBA…money…money, best lagu ni.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: