KETIKA HUJAN

Akhirnya petang tadi setelah menunggu sekian lama, hujan pun turunlah membasahi bumi. Hujan turun pada jam 2 petang di Petaling Jaya. Doaku juga supaya ditempat lain Allah menurunkan hujan  juga. Ramai yang telah merindukannya. Maka akhirnya air dari awam itu turun jua dan bermakna Allah sayangkan umatnya di bumi setelah ujian hawa panas. Mungkin esok turun lagi….insayallah.

Sudah lama kita bersuhu 36/38 darjah celcius. Lukisan hati ku berbisik, bila masa begini paling mantap ialah berlari dalam hujan tapi apa boleh buat aku tak boleh melakukannya kerana baru semalam aku melanyak 2 loops bukit chenta bersama teman2. Lutut ku tak berupaya untuk melakukan seperti semalam.

Lama jugak hujan ini turun sehingga sampai ke malam masih turun rintik rintik. Mendung dalam hujan pertang tadi aku arahkan diriku ke kolam renang tetapi ditutup pula kerana ada kilat ketika itu. Disebabkan tiada aktiviti semasa lantas ku mengajak beberapa oang member dari Pusat Sukan situ untuk minum petang sambil berborak2 di café kolej depan pusat sukan. Sampai disana terus aku memesan segelas teh tarik dan roti canai pisang. Tauke café berbangsa India dan ku kira teh tarik dia ngam tapi meleset dan begitu juga roti pisang – kuah yang ada hanya kari dan bukan dari kacang dal…. aku hampa kerana kari bukan aku punyer feberet. Bila ku tanya pesal tak ada kuah dal, Tambi tu menjawab student cuti – kuah dal tak buat…chitttt poorahh.

Semasa minum tadi banyak kisah yang aku borakkan termasuklah kisah semasa, kisah dulu, kerja, jalan2 cari makan dan kisah diri masing2. Bila jam sudah menghampiri angka tujuh aku kembali semula ke kolam dan terus ku melayan hajat ku sebelum ini yang gagal kerana kilat petir. Ku layan gaya bebas sejauh 1km. Masuk azan magrib aku pun naik terus bersolat dan selepas itu aku merasa aku perlu lagi untuk mengeluarkan peluh lantas ku layan pulak 4km dengan pace 6/7 minit sekm dikeliling kampus UM walaupun lutut ku ada terasa macam nak terpeleot.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: