2 CHENTA

Paling klasik 2 chenta dikaitkan dengan Uda & Dara (karya Dato’ Usman Awang) yang dipentaskan oleh Dato” Rahim Razali sekitar tahun 70an dulu atau pun Romeo & Juliet karangan Shakspeare. Aku pulak cuba mengaitkan 2 chenta dengan sebuah larian yang aku ingin set iaitu yang infonya dalam sketch ini (lihat gambau). Sape nak join hanya bayau kos medal je…kalau medal tu harga 13 hengget maka 13 henggetla korang bayau. Tak boleh ramai2 dalam 50/60 oang runners sahaja. Tujuan utama nak bagi medal design ni pada kengkawan semua la. Dapat medal yang agak cun…hati puas kan….kan. Kekadang aku sakit hati bila event beso2 medal taraf sekolah tadika. Ashik bulat…bulat….tak bulat empat segi…lonjong sikit. Pesal la korang organiser tak bagi designer buat atau ambik serius sikit  tentang design (rupabentuknya). Medal dalam sketch aku ni akan ku impove atau tingkatkan daya kreativitinya supaya lebih simple dan bila kita dapat seolah kita sayang pada medal tu pulak. Kalau sampai taraf simpan bawah bantal masa tido…wah itu lagi mavelos kurasa. Chenta pada diri chenta pada medal (2 chenta gak). Bila nak set, belum tahu lagi.

2 Responses to “2 CHENTA”

  1. Deo Says:

    KR, saya mesti pileyyyy!! Kalau tak clash dgn larian lain lah, banyak dah ni berderet2 tau…

Leave a comment