CRAVINGS RIDE…

Pagi tadi aku join cravings charity ride. Tidak ada fees apa2 dikenakan. Memang best dan njoy rasanya. Jika aku tak join ride ni memang tak merasa la nak mengayuh beskal di sekitar ibu kota Kolompo. Almaklumlah kete banyak sesak giler, kalau tak ada marshall jangan cari pasal. Mula kat Tesco Cheras dan route megelilingi ibu kota KL. Jauhnya lebih kurang 30km dan berhenti sebanyak 4 kali untuk rest.

Berhenti rehat paling lama di Times Square dan sempat ambik group photo, pastu lalu depan entrancenya dan rasa sejuk aircon dari bangunan melimpah kuar mendinginkan badan semua pengayuh. Best sejuk je rasanya dalam 4/5 saat cuma, setelah mengharung panas terik Ibu Kota.

Semua golongan ada, baik yang tua atau muda, tak kira gender dan anak2 tidak ketinggalan menyertai kayuhan santai ini. Paling cool ada yang bawak anak berumur 3 tahun mengayuh bersama – expose dari awal lagi pada anak lelakinya untuk menjadi rider terbilang, mungkin lebih hebat dari Joosiah Ng. Manalah tau kan, kuah memang akan tumpah ke nasi jua.

Tiada tekanan tiada henjutan. Aku bagi “A” event hari ini. Urusetia dan marshall pun semua ngam. Sporting dan mesra kepada rider. Breakfast pagi pun terbaik..ada kopi 0, meehon, nasi goreng, nasi lemak dan roti stail craving restoran. Semasa pit stop marsahll zero car agihkan air dan pisang. Memang beruntung kan cos kita tak bayau fee sesen pun.

Kayuhan selepas letua 100km Jelutong, lama betul aku tak berkayuh. Memula bimbang jugak pakai kasut berclip kerana maklumlah KL sebok kete banyak dan traffic light pun menimbun jugak takut cilp melekat payah nak release.

Akhirnya lega alhamdullilah tiada kemalangan berlaku sepanjang kayuhan pagi tadi. Lebih kurang 60 peratus kengkawan mengayuh dengan mtb. Aku tak ada menatang tu maka aku pun gasak la dgn road. Kaki mengayuh tangan sebelah memegang handle bar dan sebelah lagi memegang kamera. Gambau semua dah download dlm muka buku.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: