LSD LAGI

Lukisan hati melakar sehelai kertas bersaiz A4 setelah pulang dari Bukit Aman tengahari tadi. Apa buat kat situ? Jawapannya join lari jauh dengan kadar perlahan atau bahasa omputih long slow distance bersama teman2 sepelarian.

Tidak banyak perkara menarik sepanjang route yang hampir 20km itu. Sama sahaja seperti lsd yang lepas2. Disepanjang Jalan Bukit Tunku cuma berselisih dengan ramai runner pergi dan balik dengan niat murni dihati masing2 iaitu untuk kesihatan, training masuk race, kebosanan hidup, lari dari masalah, ehem-ehem kut dapat pasangan, lari untuk naik podium spek dan lain2 lagilah, yang aku tak tahu dilubuk hati sanubari masing2.

Cumanya dijalanan waktu pagi tadi tidak pula aku berselisih dengan makhluk tuhan yang lain seperti ular, tupai, kera, biawak, musang ke landak ke atau apa2 jenis yang lain. Mungkin dia oang ada tapi aku je yang tak nampak kerana nafas penat mencunggap belari dan makanya taklah aku perasan. Hening selepas suboh tadi ada kudengar burung2 berkicau di atas pokok yang mula agresif hendak terbang mencari makanan. Aku pulak mangkin aktif melangkah serta membetulkan stride menuju ke Hartamas.

Hari ini aku memakai kasut asics dan baju kain cotton dan pace bersama Luvis dan kami berborak2lah di sepanjang perjalanan. SiLuvis ni peramah, kekadang masa naik bukit tersekat2 perkataan yang ku cakapkan kerana terponggeh penat tapi nak membebel jugak.

Sampai di Stesyen Minyak Petronas berhenti dalam 5 minit kencing dan minum air dulu dan pastu sambung lagi 10km untuk pulang ke Bukit Aman semula dengan pace haluan memasing. Akhirnya sampai lah denagan duration time 2 jam 5 minit camtu. Kukira inilah lsd paling laju pernah aku buat disepanjang aku belari kat route situ. Mungkin laju sebab aku mengekori Luvis dan mungkin tekan minyak sikit (pace 5 minit) semasa 2 km terakhir. Basah kuyup baju aku macam baru lepas berendam bila sampai kat car park. Bila ku perah…seronok pulak aku nengoknyer. Kalau tadah minum air peluh tu ok kut…mungkin bertambah berdesup atau masuk icu…tak tau.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: