LANGKAH (STRIDE)

Kebanyakan pelari memendekkan langkah kaki demi untuk mengawal tenaga keluar berlebihan. Langkah (stride) yang panjang akan lebih menggunakan tenaga dan lebih sesuai untuk larian jarak pendek seperti pertandingan diatas track.

Post hari ini mengenai langkah Samuel Winjuru (meninggal dunia pada 15 Mei 2011 yang lalu). Beliau, secara konsisten sejauh 42km melangkah dengan bukaan purata 106 darjah dan hanya kurang sedikit jika dibandingkan dengan lagenda Sebastian Coe yang bukaan langkah 110 darjah. Perlu diingat Seb. Coe belari dalam acara medium sprint 800m dan 1500m di track sahaja.

Begitulah kehebatan Samuel Winjuru yang meninggal dunia penuh trajik dan amat muda hanya 24 tahun setelah jatuh dari balcony. Tak tau apa kisah, dia jatuh dari tingkat satu tak kan boleh terus meninggal. Manusia luar biasa ini berlari dengan pace bawah 3 minit dalam full marathon dengan keadaan amat tenang senyum dan bersahaja.

Aku pulak berlari dengan pace 5 minit hanya boleh tahan dalam linkungan jarak 4 km sahaja. Tak boleh bedal lelebih kang terjongkang pulak kat tepi jalan tu. Bukaan langkah aku pulak – tak pernah ukur samada 60 darjah ke 70 darjah pun tak pasti. Pepehal pun jom menonton u kalau tiub di bawah ini untuk melihat stride si Winjuru permata hitam yang sudah tiada lagi. Aku pun turut bersedih dan meminatinya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: