MEDAL

Larian 15km anjuran pacesetters akan berlangsung pada 5 Jun 2011 di Putra Jaya. Beginilah bentuk medal dari design aku yang bermotif imej Bangunan Pusat Konvensyen Putra Jaya. Harap2 cun lah semoga semua suka hati setelah siap ditempa di atas besi.

Kalau tak cun tak memuaskan hati korang…maaf la bebanyak ye. Lenkali boleh buat yang cun lagi dipertingkatkan yo yo yo kreativiti dan daya estetiknya. Hehe bahasa seni, dikalangan runners ramai yang tak faham perkataan ni agaknya. Yo lah, korang bayar 30/40 hengget mestilah nak dapat medal yang cun kan. Betul tak? enjoy running and get nice medal.

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 29 Mei ini – ada lagi 4 hari….jomlah join aku pun join sama dan supaya nanti semua boleh dapt medal ini termasuklah aku. Info sila klik sini.

Cerita tak berkaitan

Malam ini aku kuciwa (perkataan asal kecewa ditukar menjadi kuciwa sering disebut oleh pelakon Jalan Ampas terutama filem Semerah Padi). Menunggu terlalu lama untuk pesanan telor bungkus dan sup ayam di sebuah warong. Hampir 40 minit aku menunggu dengan hati yang sabar yang akhirnya aku batalkan saja pesanan itu kerana aku telah gelisah dan jiwa sedang bergejolak (ayat sajak).

Selepas itu terus aku berkata pada sipenjual “aku perlu beredar kerana ada temujanji urgent, cancel la order tadi” dan terus aku pulang membawa hati duka bersama tuan kedai. Aku memang selalu sangat makan bersama keluarga disitu tetapi mlm ini aku tak “ong.

Memang pun aku ada hal nak pulang segera ada oang nak dtg umah. Pesal ye tukang masak tu, pelanggan bukannya ramai sangat pun. Akhirnya aku membeli makanan tu kat tempat lain. Aku perlu mengubat hati ku ini dengan nyanyian ini…jomlah layan Shirley Bassey – I Who Have Nothing.

4 Responses to “MEDAL”

  1. Imam Says:

    relax bang…. tu namanya tkda rezki….. bukan rezki lu dpt mkn kat situ dan bukan jugak rezki tokey warung tu nk dpt duit lu…..

    adusss…. sama gak laa dgn wa…. teringin nk dptkan medal yg lu design tuu… tapi apakan daya…. cuti skolah kna balik Teganu kite… ramai sedara mara sbelah isteri wa buat knduri kaf alif win….. kira tkda rezki wa laaa…. hehee

  2. Yim Says:

    Lawa lah medal tu bang. Saya lari bukan sebab rekabentuk medal pon. Lari sebab suka berlari dan berpeluang berjumpa sembang ngan member2 sambil menghirup udara segar hehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: