DULU LOMBONG NI

Sekali pun aku tak pernah datang berkunjung  ke sini. Semalam entah macam aku teringin pulak nak datang. Tujuan utama nak main boling dan naik bot mengelilingi tasik bekas lombong bijeh besi yang terbesar suatu masa dulu. Syok jugak bersiar2 dan bershopping kat situ. Al sejarah the mines ini sebelumnya ialah Hong Fatt Mines.

Kedalaman dasar air ialah 200m – jangan memain dalam tu. Semasa naik bot bersiar aku berboraklah dengan pemandu bot yang namanya aku lupa nak tanya. Sahabat ini  pernah bawak kapal besar korang tau tapi entah macam mana dia boleh turun pangkat jadi pemandu bot – itu tidak pulak aku menyelidiknya, kenapa dia jadi begitu.

Semasa dalam bot banyak kisah yang kami borakan antaranya ialah pemilik mahligai banglow ditebing tasek the mines itu. Tuan punya antaranya ialah Tan Sri Lee Kim Yew (tuan punya The Mines), Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir (dengan sebuah bot besar)  dan Datuk Ng Yen Yen (sedang dibina). Mahligai itu kosong sahaja hanya dihuni oleh orang gajian. Aku tidaklah cemburu melihatnya tapi lihatlah betapa banyak duit dua susuk Menteri Pelancongan dan bekasnya membeli hartanah berjuta2 ringgit kat situ.

Juga info terkini the mines ini telah dijual pula kepada orang Singapura. Dari sebuah tasek lombong yang sepi tandus bertukar menjadi meriah 10 tahun yang lalu dan akhirnya bertukar milik kepada orang asing. Dia orang tak boleh nak cover kos maintenance untuk menguruskan tempat ini yang sangat tinggi. Ada zoo pun dah tak ceria – ada 2 ekor harimau (satu dah mati dan tinggal sekor je itu pun macam sakit). Rumah salji pun dah tak ada dan yang hanya ialah semak semak yang meliar tidak dijaga. Beginilah dasar pengswastaan dan pembangunan kalau tak dipantau oleh Kerajaan secara berhemah. Syarikat yang hanya mengejar keuntungan, itu tak boleh dielakkan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: