15KM dan lain2

Langit masih gelap lagi ketika flag off larian pagi tadi. Namun begitu perlahan2 menjadi cerah setelah 2/3 km selepas itu. Hujan rahmat agaknya ini, yang mengacah2 hendak turun sepertinya. Grimis subuh membuatkan semua runners merasa sejuk terkena rintikan air hujan dibadan. Cuaca cukup nyaman dan amat ngam berlari beramai2 bersama kengakawan lain. Pemandangan indah di sekitar PJ. Route dia ku kira – terbaiklah. Melentok ayat aku ni mcm ada sipi2 ala2 novel jiwang…chiittt.

Jarak 5km yang pertama aku maintain pace 5.30 dan akhirnya pada jarak 11 – 15km terakhir pace aku menjunam jadi 7 minit. Larian NB15km pagi tadi aku buat dalam tempoh 1:31.09s. Ok la ye, slow2 run sambil bersosial ngan kengkawan lain. Nak treneng lebih2 mana boleh cos lutut aku ni kan pernah operate. He he masih ada hati nak patuk pulak. Patuk tu membawa makna over take la atau pun sayor dalam bahasa yang diguna dikalangan runners. 

Next race aku yang akan datang ialah hoohathlon pada 19 June ini (aku dah register online tapi fees tak bayau lagi – 50/50 nak join ke tidak), SCKLM pada 26 June (dah bayau dlm kelompok 21km, tahun lepas aku catat masa 2:15) dan PD Tri pada 24 Julai (dah bayau dlm kategori OD, tempat tido pun dah tempah – last year aku join sprint). Beskal karbon ke besi ke – aku tak kisah yang penting boleh dikayuh dengan sempurna – udah. Tri suit kena beli jugak. Corot2 lah…pe de kisah. Mudahan sukses semuanya.

Gambar bawah: lihatlah kumpulan Chap Ayam Runners begitu setia dengan setiap events larian di Malaysia ini dan ada yang melepasi sempadan Negara dan luar negara. Anak2 muda yang kuat dan sihat penyeri pada setiap race yang diadakan – kebanggaan pada diri, keluarga dan negara. Tapi korang jangan bergadai bergolok nak join race kesana kemari macam oang hilag pendoman udah. Pada yang tak mampu tu berpada2 la ye – kalau tak ada duit tangguh join next race lenkali pulak. Tak dapat pegi buat secret training kan bagus. Jangan marah ye….cuma nasihat.  

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: