LSD lalu depan Istana

Semalam aku ber “LSD” lagi dari Bkt . Aman ke Hartamas bermula jam 6.30 pagi dan pace together-gether dgn Sabri, Wan dan dgn geng yang lain. Macam biasa kicauan burung di situ membuatkan hati ku menjadi damai dan leka walaupun penat terponggeh-ponggeh menuju ke distinasi iaitu Petronas di Hartamas. Agaknya burung2 ni amat banyak dikawasan sini kerana geng2nya yang lain sahut menyahut di dalam sangkar besar tak jauh dari situ.

Laluan ke sana macam biasa dan kali ini semasa menempuh laluan komplek Istana baru, aku memandang agak lama pada binaan yang baru itu yang berharga hampir 800 juta hengget. Besar sungguh Istana ini kata hati ku – aku terpegun pulak tak pasal2 sambil memperlahankan pace aku jadi 7 minit setengah tetapi para runners yang lain terus melaju dan melaju. Ada kemungkinan mereka tangkap pot kerana memasing sebok dengan misi masing2 untuk persiapan race seperti Singapore Sundown dan KL Marathon. Semuanya mengejar mileage.

Suka aku kisahkan kerana Istana ini perlu dibina kerana mengantikan Istana lama yang terletak di Jalan Damnasara yang asalnya adalah sebuah rumah dua tingkat yang dibina pada tahun 1928 oleh seorang jutawan China tempatan, Chan Wing. Tak bolehlah dari segi sejarahnya kediaman Agong berasal dari sebuah kediaman orang biasa kebanyakan. Mestilah ada sebuah mercu Raja berperlembagaan yang unggul dan berpristij. Lambang dan simbol sebuah Negara yang dicintai. Pedulikanlah omong2 yang dok kata “over spend” ke apa tentang kos Istana baru ini. Istana-istana keluarga diraja di negara2 lain pun asalnya memang pun tidak begitu – mesti mempunyai sejarah kemuliaan sendiri.

Al kisahnya dulu tentang Istana la ni yang kat sebelah belakangnya terdapat gerai ikan bakar yang agak mevelos jugak itu –  semasa Jepun attack Malaya pada 1942 – 1945, Jepon gilos ni pernah menjadikan kediaman ini sebagai mess (pengkalan) mereka. Kecundangnya Jepun dalam peperangan dan sesudah meraka berambos maka  bangunan ini pula telah dibeli oleh Kerajaan Negeri Selangor dan  diubah suai menjadikan Istana Mulia Sultan Selangor sampai tahun 1957. Sesudah itu Kerajaan Persekutuan pula membeli istana ini dari Negeri Selangor untuk ditukar menjadi Istana Negara sehinggalah sekarang.

Dengan terbinanya Istana baru di Jalan Duta, apa pula akan terjadi dengan Istana ini? Jawapanya ialah akan dijadikan Muzium oleh Kerajaan. Aku pun tak pernah masuk ke dalam dan hanya memerhati dari luar sahaja. Kalau dah jadi Muzium nanti ada chance la kau nak masuk nengok…tak gitu beb.

LSD semalam aku tamatkan dengan masa 2:24 minit dengan berhenti rehat selama hampir 10 minit di stesyen minyak Petronas dengan mengogok air gatorade macam nak telan botol2nya sekali kerana haus sangat. Pacesetter ada menyediakan water station di km3 dan aku minum 2 cawan kertas. Sampai Bkt. Aman, aku minum laicikang pulak kat situ sambil borak2 dengan kengkawan lain. Boleh tahan gak laicikang kat situ, lenkali mesti aku minum lagi. Hari ahad ni plan nak join hooha thlon aku kansel sebab setelah menanya kawan2 lain dan mengajak join sama – semua tak hendak dan ralat dengan jawapan fees mahal sangat. Aku pun turut sama macam korang jugak….150 hengget tu mahal walaupun aku ter “aura” nak join. Ada lebih baik kos fees tu aku tambah sikit lagi untuk beli tri suit yang aku tak beli lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: