DENGAN PEMUZIK

Di sebuah tempat makan di Kg Baru, datanglah seorang pemuzik jalanan memberi salam dan terus memainkan beberapa lagu seorang diri. Bagus nyanyiannya sambil memetik gitar dan terus ku kuarkan 2 hengget masuk kedalam topi yang dia letak disisinya. Ini konsert free penyanyi jalanan menghiburkan kita sambil makan. Pitching semua ok – macam perasan aku juri AF pulak. Patut2 aku bagi lebih sikit malam tadi kan.

Rasa ralat kat hatiku ialah orang ramai yang sedang menjamu selera dalam restoran ni macam buat tak peduli aje…tangkap pot. Hormatlah sikit pada pemuda yang berbakat macam ini dan tolonglah menghargai anugerah yang dimilikinya. Adakah pengunjung2 restoran tak minat muzik? ataupun kapla mereka dah jem dengan materialistik yang lain? ataupun tekanan hidup di KL membuatkan jiwa menjadi keras?

Tomyan, kerabu suhun, telor bungkus, ayam kampung dan nasi untuk aku sekeluarga lambat sampai ke meja kita oang kerana malam tadi adalah malam minggu (pengunjung ramai). Pemuzik jalanan telah menghiburkan aku dengan lagu2 faberet aku sambil menunggu pesanan makanan. Semoga pemuda ini berjaya dalam kerjayanya sebagai pemuzik jalanan. Tak sempat aku nak menanya namanya kerana semasa aku meghampirinya serta bergambar dengannya, dia sedang perform Рtak kan aku nak kacau daun pulak potong stim.

Setelah menyanyi lebih kurang 5 buah lagu, Mamat ni pun beredar semasa aku sedang mengayuh menguyah dan aku hanya memerhatinya dia cau. Ok la lenkali aku datang kat situ pasti bertemu jua. Best jugak kalau ada majlis2 keluarga dan kengkawan, upah panggil dia buat show.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: